Singapore Government Press Release
Media Relations Division,
Ministry of Information, Communications and the Arts,
MITA Building, 140 Hill Street, 2nd Storey, Singapore 179369
Tel: 6837-9666
UCAPAN RAPAT HARI
KEBANGSAAN 2006,
AHAD 20 OGOS 2006,
DI PUSAT BUDAYA UNIVERSITI,
UNIVERSITI NASIONAL
SINGAPURA
1.����� Pilihanraya
Mei lalu telah menetapkan hala tuju Singapura. Masa depan kita cerah, dan
negara kita bersedia untuk terus maju. Akhir-akhir ini, masyarakat Melayu
Singapura turut sama melangkah maju ke depan. Hubungan di antara kaum turut bertambah
erat. Tumpuan dan keprihatinan masyarakat anda, juga lebih menjurus kepada isu
nasional yang lebih luas.
2.����� Salah
satu isu nasional ini adalah bagaimana kita dapat sesuaikan ekonomi dan
masyarakat kita dengan dunia yang pesat berubah.� Kita membina industri teknologi hayat dan
media digital. Kita membuka pasaran baru dengan masa depan yang cerah, termasuk
di Timur Tengah.� Kita mesti lengkapkan warga
muda kita dengan kemahiran dan minda untuk merebut peluang baru.� Yang
penting, kita mesti kekalkan hala tuju, ketabahan yang kental, dan
semangat berdikari di sanubari masyarakat kita.
3.����� Saya
gembira masyarakat Melayu Singapura tidak melepaskan peluang ini. Di Institut
Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti kita, penuntut Melayu
berjaya dalam jurusan yang mereka ceburi. Anak muda Melayu yang berkebolehan
sudah pun bekerja dalam bidang baru ini.�
Mereka kini menjalankan penyelidikan di makmal bioperubatan, mereka
pakaian untuk gedung fesyen, dan mencipta grafik komputer di syarikat media, di
dalam dan luar negara.
�4����� Sebagai contoh, Mohd Firman Osman, lulusan
politeknik, berjaya mengejar impian untuk menjadi pereka permainan komputer. Beliau
bekerja di Koei, sebuah firma permainan komputer terkemuka Jepun di
sini.� Ramai pula yang merebut peluang
kerjaya di luar negara. Encik Hendra Ahmad, anak Melayu Singapura, ialah
seorang jurutera di firma baru mereka kapal selam, Underwater Projects Group,
di Florida. �Cik Shirin Hamid, seorang
lagi anak Melayu Singapura pula, merupakan ketua Jabatan Sistem Maklumat dan
Teknologi, Program Pembangunan PBB� atau
UNDP, di New York.�
5.����� Saya
maklum ada segelintir anggota masyarakat kita yang masih lagi hidup dalam
kesukaran. Maka itulah kami adakan pelbagai program untuk menolong mereka. Saya
syorkan mereka ambil kesempatan
daripada semua skim yang disediakan untuk baiki diri mereka.�
Contohnya, 600 keluarga telah menyertai Program Pemilikan Rumah dan
Pendidikan (HOPE). Jika keluarga anda layak menyertai Program HOPE, saya harap
anda akan timbangkannya.
6.����� Bagi
mereka yang tidak ada pekerjaan, inilah masa yang baik untuk mencari kerja.
Ekonomi Singapura sedang terus berkembang. Lebih daripada 81,000 pekerjaan
telah diwujudkan sejak awal tahun ini.�
Banyak syarikat memerlukan pekerja dan mula mengambil pekerja baru.� Jika anda bersikap terbuka dan positif,
banyak peluang pekerjaan terbuka kepada anda.
7������ Contohnya,
Cik Rosmini Sulong, 43 tahun dan ibu kepada dua orang anak.� Beliau hilang mata pencarian pada tahun 2002
bila tempat kerja beliau ditutup. Tapi, beliau tabah dan terus berusaha
mendapatkan bantuan NTUC untuk membaiki kemahiran, dan akhirnya, mendapat kerja
baru.� Sekarang, beliau bekerja sebagai
pekerja penjagaan kesihatan di Singhealth.
8������ Kita
harus contohi semangat juang Cik Rosmini. Jika anda telah lama menganggur, saya
galakkan anda dapatkan bantuan
daripada pusat-pusat Rangkaian Kerja Careerlink (DCN).� Anda harus berusaha mempelajari kemahiran
baru, dan siapkan diri anda untuk pekerjaan yang ada.� Anda harus bersikap fleksibel.� Jika anda lebih fleksibel, maka lebih
mudahlah anda mendapat pekerjaan.� Yang penting, anda tidak harus putus
asa bila berhadapan dengan kesukaran. Dengan cara ini anda dapat berdikari dan
berasa bangga. Dengan cara ini juga anda dapat menanggung keluarga dan
menjanjikan masa depan yang lebih baik bagi anak-anak anda.
9.����� Pada
masa yang sama, saya galakkan
para majikan agar bersikap adil dan objektif bila mengambil pekerja, tanpa
mengira kaum. Pemerintah mengambil pekerja berdasarkan merit, dan menilai calon
pekerja berdasarkan sebaik dan secekap mana mereka melaksanakan kerja. Ini cara
kita untuk dapatkan bakat. Inilah juga teras
masyarakat kita yang berbilang bangsa.
10.��� Kesan
teknologi baru, terutamanya Internet, ke atas masyarakat, merupakan satu lagi
isu nasional. Era digital akan membuka banyak peluang dari segi ekonomi. Ia
juga akan mengubah kehidupan kita.�
Tetapi, kita mungkin lebih terdedah kepada pengaruh luar, dan pandangan
yang tidak munasabah atau ekstremis. Rakyat Singapura harus dapat membezakan
mana yang benar dan mana yang tidak benar, mana yang baik dan mana yang buruk, yang
dipaparkan di Internet. Kita mesti bekerja lebih keras untuk mengongsi
pengalaman bersama, dan membina kesepakatan nasional.
11.��� Untuk
mengekalkan hala tuju kita dalam dunia baru ini, kita mesti berpegang teguh
kepada nilai-nilai budaya dan moral kita. Kita juga mesti mengukuhkan ikatan
emosi di kalangan rakyat Singapura dan rasa cinta kita kepada negara.� Seperti kata pepatah Melayu, �di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung�.�
Ini malah dirasakan lebih penting lagi bagi rakyat muda Singapura yang
membesar dirangkai Internet. Mereka bersedia merebut peluang bekerja di seluruh
dunia dan memburu cita-cita dan impian setinggi mungkin. Tetapi, mereka juga harus menanam
semangat wajib membalas budi
masyarakat, dan juga semangat mahu mencerahkan kehidupan orang lain di dalam
diri sendiri.
12���� Selain
keprihatinan bersama ini, masih terdapat beberapa isu yang lebih relevan kepada
masyarakat Melayu. Tahun lepas, saya bercakap tentang keluarga yang bermasalah.
Saya besar hati melihat masyarakat Melayu menyahutnya secara realistik dan
membina.
13���� Di
Forum Pemimpin Masyarakat pada bulan November lalu, pelbagai program konkrit
telah dilancarkan seperti Program Remaja Bermasalah dan Kempen Seksualiti
Remaja.� Pemerintah akan menyokong semua
usaha ini dengan sepenuhnya. Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan
Sukan (MCYS) akan bekerja rapat dengan pertubuhan Melayu/Islam, mengadakan
sumber yang cukup untuk menanganinya, dan membantu keluarga bermasalah membaiki
kehidupan mereka.
14.��� Dengan
pendekatan ini, masyarakat Melayu menunjukkan semangat �kita boleh�. Berdasarkan semangat
ini juga, masyarakat Melayu telah menubuhkan Kumpulan Pemulihan Keagamaan
(RRG), untuk menasihati serta memulihkan tahanan Jemaah Islamiyah, dan memberi
panduan kepada masyarakat am agar tidak diperdayakan. �
15.��� Warga
Melayu Singapura memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara
kita.� Rakyat Singapura daripada semua
kaum perlu bersatu dalam
mencapai tujuan kita, dan bekerja
bersama sebagai satu pasukan kebangsaan. Saya yakin anda akan terus menajamkan kemahiran anda dan membina sebuah Masyarakat Cemerlang. Bersama-sama, kita akan wujudkan masa depan yang lebih cerah bagi masyarakat Melayu dan
Singapura dalam dunia yang pesat berubah
ini.
Terima kasih
**********************