Rakan-rakan
setanah air yang dihormati,
1.�������� Setelah mengambil langkah beberapa
tahun yang lalu untuk meningkatkan dan menyusun semula ekonomi kita, Singapura
kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding dengan masa lalu.� Dasar-dasar kita membawa
kejayaan dan ekonomi kita berkembang dan mewujudkan pekerjaan.
2.�������� Bagi separuh pertama tahun ini,
Singapura mencatat pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus. Bagi
seluruh tahun ini pula, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI)
meramalkan pertumbuhan di antara 6.5 dan 7.5 peratus.� Ekonomi kita yang kukuh
telah menjana 81,500 pekerjaan dalam separuh pertama tahun ini � bilangan
pekerjaan tertinggi dalam sedekad.�
Lebih separuh pekerjaan-pekerjaan ini telah dijawat
penduduk Singapura.� Usaha kita untuk mereka semula pekerjaan dan membekalkan para
pekerja dengan kemahiran baru juga menolong warga Singapura yang lebih tua dan
yang berkemahiran rendah untuk meningkatkan diri dan mendapatkan pekerjaan yang
lebih baik.
3.�������� Prospek bagi ekonomi global kekal
positif.� Ekonomi
Amerika Syarikat tumbuh lebih perlahan.�
Bagaimanapun, kesederhanaan ini diimbangi oleh
pertumbuhan yang lebih kukuh di Jepun dan keadaan yang beransur baik di
beberapa negara Eropah, terutama sekali Jerman.
4.�������� Di Asia, kadar
pertumbuhan yang pesat di China dan India terus menyemarak dan memberi
keyakinan di seluruh rantau ini.� Ini menguntungkan Asia Tenggara, walaupun beberapa negara
menghadapi masalah politik yang boleh menjejas keyakinan dan pertumbuhan.
5.�������� Sementara prospek pada keseluruhannya
adalah baik, kita mesti terus mengawasi dan menjangkakan perkembangan
di sekeliling kita, terutama sekali
ancaman-ancaman yang boleh menjejas pertumbuhan dan keselamatan kita.
6.�������� Keadaan di Timur Tengah sedang
bergolak. Program nuklear Iran mencetuskan kebimbangan
antarabangsa. Iraq kini di ambang� perang saudara. Pertempuran
di antara Israel dengan Hezbollah dan Hamas berlarutan. Singapura berharap lingkaran keganasan yang tidak menentu ini dapat
dihentikan. Jika krisis ini menjadi buruk dan mengganggu bekalan minyak
dunia, harga minyak akan melambung lebih tinggi, dan
mencetuskan kemelesetan global.
7.�������� Rundingan Pusingan Doha Pertubuhan
Perdagangan Dunia menghadapi jalan buntu.�
Sekiranya rundingan dagangan itu gagal, perlindungan dagangan akan bertambah.�
Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang bergantung kepada pengaliran
perdagangan dan pelaburan yang bebas, Singapura akan
mudah terjejas, tetapi perjanjian-perjanjian perdagangan bebas kita akan
melindungi kita dan melindungi jalan masuk kita kepada pasaran-pasaran yang
penting.
8.�������� Flu burung kian membimbangkan.� Ia merupakan masalah
serius di Indonesia.� Jika
virusnya menjalani mutasi dan merebak dari manusia ke manusia di seluruh dunia,
berpuluh juta nyawa mungkin terkorban.�
Kita mempunyai pelan untuk menangani wabak sedemikian,
tetapi tidak ada pelan yang boleh memberi perlindungan terhadap segala
kejadian.
9.�������� Pengganasan pelampau terus merupakan
ancaman. Rangkaian pengganas telah dipatahkan di Malaysia dan
Indonesia, tetapi sesetengah pengganas yang berbahaya masih bebas dan Singapura
terus menjadi sasaran mereka.
10.������ Untuk menghadapi semua ini dan
cabaran-cabaran lain, kita perlukan pemimpin yang
berkebolehan dan berdedikasi dalam setiap sektor.� Kita perlukan pemerintah
yang baik dan berkesan untuk menerajui negara kita.� Dan kita perlu rakyat yang berganding bahu
untuk membawa negara kita ke depan.
11,������ Sebagai sebuah negera kecil, kita mesti
menerima dunia seperti yang sedia ada dan bukannya dunia yang kita idamkan.�
Kita mesti awasi perubahan-perubahan pesat di
sekeliling kita, dan segera bertindak jika peluang atau ancaman timbul.�� Kita menyerlah berbanding
dengan pesaing kita kerana kita bertindak lebih pantas dan lebih berkesan
terhadap keadaan-keadaan yang berubah.�
Kita mesti juga bekerja dengan negara-negara jiran
kita untuk mengukuhkan kerjasama di dalam ASEAN, lantas menjadikan Asia
Tenggara rantau yang bertenaga di mana para pelabur tidak mampu ketepikan.� Oleh itu, sambil kita memberikan tumpuan
kepada isu-isu dalam negeri, kita jangan sekali tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, atau pun lambat
untuk bertindak.����
12.������ Saya tahu strategi ini menuntut banyak
tenaga dan usaha rakyat Singapura.� Ia menghendaki kita meneroka pendekatan yang baru dan
berisiko dan tidak hanya bergantung kepada aturan-aturan yang terbiasa.� Ia perlukan
kepercayaan dan keyakinan antara rakyat dan Pemerintah. Ia
juga perlukan kita untuk membantu mereka yang kurang upaya untuk mengatasi
perubahan-perubahan pesat ini.� Misalnya,
apabila harga minyak naik, kos untuk hasilkan tenaga
elektrik akan naik dan kos untuk mengendali bas, teksi dan kereta api MRT juga
akan meningkat.� Kita tidak boleh
menetapkan tarif elektrik dan tambang pengangkutan awam pada kadar
mati.� Tetapi kita boleh dan akan membantu mereka yang perlukan bantuan, secara
langsung.� Inilah yang
telah dilakukan Pemerintah melalui program-program seperti Jimat Perbekalan
atau U-Save dan Pakej Progress baru-baru ini.
13.������ Satu strategi penting dalam persekitaran
baru ialah membina ketahanan yang lebih kuat di kalangan rakyat kita supaya
mereka dapat mengatasi isu-isu sendiri dan tidak mengharapkan Pemerintah untuk
menyelesaikan setiap masalah.� Kita menggalakkan masyarakat yang lebih terbuka, yang membahaskan
isu-isu dengan hujah-hujah yang kuat dan tegas agar kita mencapai huraian yang
terbit daripada pelbagai sudut pandangan.�� Pihak media mengutarakan
lebih banyak isu dan perspektif.� Orang awam lebih terlibat untuk membantu Pemerintah merumus dasar
dan menghuraikan masalah.� Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil telah menyusun diri mereka
sendiri untuk mengendali sekolah-sekolah khas, melindungi suasana di
kejiranan-kejiranan, atau menggalakkan perdebatan yang berasaskan maklumat yang
tepat.
14.������ Internet adalah alat hebat yang sedang
merubah dunia.� Kita
mesti menggunakan Internet dengan sepenuhnya untuk menjalin ikatan dengan
dunia, berhubung dan berurusan dengan orang lain, dan menjadi sebuah ekonomi
yang produktif dan sebuah masyarakat yang bertenaga.� Tetapi Internet juga
menimbulkan masalah baru.� Tidak semua yang terdapat di Internet adalah benar; bukanlah mudah
untuk membezakan di antara fakta dan rekaan di alam maya; dan perhubungan
segera boleh menyebabkan orang bertindak segera secara berlebih-lebihan dan
tanpa berfikir panjang apabila mereka dimaklumkan mengenai sesuatu kejadian.� Oleh kerana itu, kita mesti
belajar bagaimana untuk hidup dengan wadah baru ini, dan menyesuaikan diri
dengannya.� Ini
adalah satu cabaran kepada semua masyarakat, bukan Singapura sahaja.��
15.������ Untuk bergerak ke depan, kita akan terus membuka masyarakat kita dengan cara yang telah
dipertimbangkan dan diperhitungkan.� Rakyat Singapura harus melahirkan pendapat mereka secara bebas tetapi
bertanggungjawab.� Kita perlu
membantu menyelesaikan masalah-masalah dan membina negara kita dan bukan
memecahkan tiang-tiang masyarakat kita sedikit demi sedikit sehingga ia runtuh akhirnya. Kita tidak semestinya sering sependapat
antara satu sama lain, tetapi kita mesti kekal bersatu
padu dalam wawasan bersama kita untuk Singapura.
16.������ Undi yang diberi rakyat pada bulan Mei
lalu telah menetapkan pasukan yang akan memimpin
Singapura dan hala tuju yang harus diambil oleh Singapura sepanjang lima tahun
akan datang.� Kita kini harus memberi
tumpuan kepada usaha untuk mengatasi masalah-masalah yang akan
datang.� Pada akhir penggal ini,
Pemerintah akan membentangkan rekod prestasinya kepada
rakyat, untuk para pengundi mengadili sama ada kehidupan mereka bertambah baik
atau tidak.� Dengan memberi tumpuan pada
masa depan, kita akan dapat mengatasi cabaran-cabaran
yang kita hadapi dan berada di hadapan dalam persaingan dengan negara-negara
lain.
17.������ Di tengah-tengah semua perubahan ini,
beberapa perkara tetap kekal sama � kita masih sebuah
negara yang kecil dalam dunia yang tidak menentu, negara-negara lain adalah
lebih besar dan kaya dengan hasil bumi, dan kita masih terpaksa bekerja lebih
kuat dan secara lebih bijak daripada mereka.�
Dari itu, sedang kita menggalak kepelbagaian, kita
mesti juga memperkukuhkan teras kita dan kekal bersatu padu sebagai satu
rakyat.
18.������ Ini lebih penting lagi bagi generasi
muda.� Mereka membesar
dalam alam Internet dan kehidupan mereka berhubung kait dengan dunia melalui
pelbagai bentuk perhubungan, dan lanskap baru ini adalah sebahagian daripada
kehidupan semula jadi mereka.� Rakyat muda Singapura menikmati pendidikan kelas pertama.� Mereka mempunyai banyak
peluang untuk menceburi bidang-bidang yang mereka amat minati dan meraih
kejayaan baik di Singapura mahupun di luar negeri. Kita
mesti berusaha lebih untuk melibatkan rakyat muda dalam ehwal negara,
mengukuhkan akar mereka dalam Singapura. Kita mesti menanam dalam jiwa
mereka semangat bahawa Singapura adalah� sebuah tempat yang istimewa dan unik
yang dimiliki oleh mereka, dan masa depan Singapura bergantung kepada
mereka.� Mereka mesti
mempunyai naluri rasa tanggungjawab untuk membalas jasa masyarakat dan
membolehkan lebih ramai rakyat Singapura menikmati peluang-peluang yang mereka
dapati.
19.������ Pada masa dulu, apabila Singapura
hanyalah sebuah kampung nelayan, nenek moyang kita datang ke sini mencari
kehidupan yang lebih baik.� Pada tahun 1965, selepas melalui zaman persengketaan komunis dan
kaum, kita dipaksa untuk merdeka.�
Tiba-tiba kita terpaksa berdikari.� Tetapi kita telah bekerja keras dan membina
Singapura yang moden ini yang tidak mempunyai sebarang asas pada masa itu.� Marilah kita kekalkan semangat berdikari ini,
sikap keterbukaan untuk membuat perubahan, dan azam untuk berjaya, sedang kita
bina masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat.
20.������ Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari
Kebangsaan kepada semua rakyat Singapura.