Singapore Government
Press Release, Media Relations Division, Ministry of Information,
Communications and the Arts, MITA Building, 140 Hill Street, 2nd Storey,
Singapore 179369
Tel: 6837-9666
UCAPAN PERDANA MENTERI LEE HSIEN LOONG DI
RAPAT HARI KEBANGSAAN 2005 PADA 21 OGOS 2005 DI PUSAT BUDAYA
UNIVERSITI, UNIVERSITI NASIONAL SINGAPURA
Pendahuluan
Teman-teman dan rakan senegara Singapura, 40 tahun lalu, kita memulakan usaha untuk membangunkan negara dengan masa depan yang tidak menentu. Kita tidak tahu apa yang terbentang di depan tetapi kita berazam untuk terus hidup dan membina masa depan yang lebih baik bagi diri kita. Hari ini, Singapura sangat berbeza. Dalam tempoh empat dekad, kita telah mencapai kejayaan yang di luar dugaan sesiapa pun. Rakyat kita menikmati taraf kehidupan yang tinggi, anak-anak kita menerima pendidikan yang baik, kita bersahabat dengan negara-negara jiran, dan yang penting sekali, kita kian matang sebagai sebuah negara.
Satu
ujian bagi kita dalam aspek ini ialah apabila tsunami melanda negara-negara
jiran kita pada Disember yang lalu. Rakyat biasa Singapura memberi respons yang hebat -
menerusi wang ringgit, pelbagai bantuan dan khidmat sukarela.
Banyak
kisah yang boleh disampaikan, tetapi saya terpaksa memilih satu sahaja untuk
mewakili segala yang kita telah lakukan.
Di Banda Aceh, menara kawalan lalu lintas udara di lapangan terbang
telah rosak akibat gempa bumi dan tsunami.
Lapangan terbang itu perlu beroperasi supaya bekalan-bekalan bantuan
dapat diterbangkan ke
Respons kita kepada tsunami telah
membuat kita dihormati dan ia menjalin persahabatan. Ia menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat
kita dan pertubuhan-pertubuhan kita menjalankan kerja dengan cekap dan berkesan
dan kita senantiasa bersiap sedia. Ia
menunjukkan bahawa kita mengambil berat terhadap kesusahan orang lain dan kita akan
berusaha sedaya upaya kita untuk menolong rakan-rakan kita yang memerlukan
bantuan.
Jadi,
apabila operasi kita telah selesai dan kita berangkat pulang, kita kembali sebagai
sahabat kepada mereka yang kita telah bantu. Di Meulaboh di mana kita paling sibuk dengan
kegiatan membantu mangsa tsunami, Teo Chee Hean menghadiri majlis mengucapkan
selamat jalan kepada kapal yang membawa pulang anggota Angkatan Bersenjata
Singapura yang telah menamatkan tugas mereka. Kolonel Geerhan, komander tentera
Oleh itu, saya rasa kita telah menjalin persahabatan hasil usaha kita ini. Ia adalah satu penghormatan besar kepada semua mereka yang telah mengambil bahagian. Usaha dan semangat sepasukan anda membolehkan usaha ini dijalankan dan anda semua membanggakan kita sebagai warga Singapura. Beberapa orang di antara anda hadir pada malam ini. Sila berdiri agar penonton dapat mengenali anda. Kita memberi tabik kepada anda semua.
Satu lagi petanda yang kita kian matang sebagai sebuah negara ialah warga muda Singapura sekarang memahami sifat-sifat yang kita perlukan untuk terus hidup sebagai sebuah negara. Dua minggu lepas, saya berada di pusat budaya ini untuk menonton sebuah persembahan muzikal bertajuk “All 4 Love (Semuanya kerana Cinta) oleh badan-badan akar umbi di kawasanundi Encik Lim Swee Say serta GRC beliau. Persembahan itu bermutu tinggi tetapi semua pelakonnya adalah sukarelawan. Persembahan itu dianjurkan untuk menyambut Hari Kebangsaan dan cerita-ceritanya yang berkisar pada Hari Kebangsaan telah menyentuh hati penonton. Seperti kata Encik Lim Swee Say, di akhir persembahan muzikal itu, kotak tisunya kosong diambil penonton.
Tetapi,
apa yang menarik perhatian saya ialah pelakon-pelakonnya. Pelakon yang paling muda ialah seorang budak
perempuan yang berumur 11 tahun. Dia seorang
murid darjah
Sebagai sebuah negara kecil, kita memberi perhatian teliti kepada usaha menjalin persahabatan dengan negara-negara lain dan memastikan keselamatan Singapura. Kita berbaik-baik dengan semua negara yang penting di rantau ini. Dengan negara-negara jiran terdekat kita Malaysia dan Indonesia, saya telah menjalin persahabatan dengan pemimpin-pemimpinnya, iaitu Perdana Menteri Abdullah Badawi dan Presiden Yudhoyono, dan kami sedang bekerjasama dalam banyak bidang.
Kita
melabur di
Di
ASEAN, kita sedang mengembangkan lagi hubungan kita secara meluas. Kita bincang
rancangan untuk membentuk sebuah masyarakat ASEAN menjelang 2020, mungkin lebih
awal lagi. Di luar ASEAN,
Hubungan
kita dengan negeri
Jadi, kita bersahabat dengan semua pemain utama yang penting kepada kita. Negara-negara ini tidaklah berbaik-baik antara satu sama lain pada setiap masa, dan mereka mempunyai pelbagai masalah di antara mereka. Tetapi bagi Singapura, kita menjalin persahabatan dengan mereka dan ini adalah keadaan yang selesa bagi kita.
Satu isu keselamatan yang kita mesti memprihatinkan ialah pengganasan. Pengeboman di London mengingatkan kita semua, jika kita perlu diingatkan, bahawa ancaman pengganas adalah suatu hakikat yang benar dan oleh itu, kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku di Singapura.
Lihatlah, untuk menghadiri Rapat Hari Kebangsaan kita pun, kita terpaksa melalui proses yang panjang sebelum kita semua dapat duduk di sini pada malam ini – pemeriksaan polis, Ghurkha, sekatan jalan, pengawal, alat imbas. Semua ini perlu dilakukan. Kita terpaksa bersikap serius mengenainya kerana pengganas belum menghentikan kegiatan mereka.
Tetapi kita mesti bersedia dari segi psikologi. Sekiranya serangan berlaku di sini, kita tidak boleh goyah, memberi respons dengan segera, cekap, tenang, dan terus menjalani hidup sebagai rakyat yang bersatu, seperti yang rakyat Britain telah lakukan apabila terjadi pengeboman di kereta api bawah tanah pada bulan Julai.
Yang paling penting, kita tidak harus biarkan pengganas memusnahkan keharmonian kaum dan agama, dan perpaduan sosial kita, iaitu fabrik masyarakat kita yang kita telah susah payah bina selama lebih 40 tahun. Itulah sebabnya jawapan kita kepada pengganas bukan sahaja dalam bentuk langkah keselamatan dan pengimbas bom, tetapi juga usaha membina negara.
Bagaimanakah keadaan Singapura 40 tahun dari sekarang? Saya tidak dapat memberitahu anda. Tiada sesiapa yang tahu. Tetapi saya boleh memberitahu anda bahawa keadaannya akan amat berbeza daripada keadaan sekarang kerana jika keadaannya sama dengan hari ini, kita semua akan musnah. Kita akan menjadi tidak relevan, terpinggir, sementara dunia akan berubah. Anda mungkin mahu kekal dalam keadaan yang sama, tetapi ini tidak mungkin dapat dilakukan. Oleh itu, kita terpaksa membentuk semula Singapura – menyusun semula ekonomi kita, sistem pendidikan kita, minda kita, dan bandar raya kita.
Mengembangkan ekonomi Singapura
Saya akan mulakan dengan ekonomi kerana itulah caranya kita menyara hidup. Malah, tahun lepas, saya mahu mulakan ucapan saya dengan isu ekonomi, tetapi menteri-menteri saya memberitahu saya bahawa semua orang tahu yang saya selalu bercakap tentang ekonomi, dan menyuruh saya bercakap tentang perkara lain pula. Tetapi saya akan kembali kepada ekonomi tahun ini kerana ekonomi adalah akar kepada penyelesaian semua masalah kita yang lain.
Saya tahu bahawa ramai warga Singapura bimbang tentang persaingan. Ini dapat difahami kerana di mana sahaja di dunia, semua orang berasa bimbang tentang persaingan, dan bimbang tentang periuk nasi mereka.
Saya
berada di Amerika pada bulan Julai.
Ekonominya sedang tumbuh dengan baik, kadar penganggurannya rendah dan
beribu-ribu pekerjaan diwujudkan setiap bulan.
Walau bagaimanapun, suasana di
Masyarakat
di Eropah juga berasa bimbang tentang persaingan, bukan sahaja persaingan
daripada
Di
China pun, seperti saya terangkan dalam ucapan saya dalam bahasa Mandarin,
pekerjanya menghadapi persaingan sengit di kalangan mereka sendiri. Terdapat 1,300 juta orang penduduk di
Tetapi kita tidak akan berdiam diri. Kita tidak mencapai keadaan kita sekarang ini dengan tidak membuat apa-apa. Kita memulakan usaha tanpa apa-apa pun dan kita berjaya mencapai semua ini. Kita bermula dengan membuat ubat nyamuk dan mengeksportnya. Kemudian kita buat semikonduktor. Kita bermula dengan kilang mihun, tetapi sekarang kita ada Biopolis. Jadi, kita perlu terus berubah dan mendahului negara-negara lain untuk kekal berjaya. Terdapat dua tindakan asas yang kita akan teruskan untuk terus berkembang dan mencapai kemakmuran.
Teras pertama ialah memupuk semangat inovasi dan keusahawanan dan yang kedua ialah penyelidikan dan pengembangan (R&D).
Biarlah saya bercakap tentang inovasi dan keusahawanan dahulu.
Saya
mendapat satu pengajaran yang berkesan setelah melawat
Saya
tidak mengatakan bahawa Singapura mahu menjadi
Dua
tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tony Tan melawat Timor Timur. Anggota-anggota Angkatan Bersenjata Singapura
kita berkhidmat di
Pada mulanya dia tidak tahu sepatahpun Bahasa Indonesia. Jadi, untuk berhubung dengan orang-orang lain dalam perniagaannya, dia menggunakan kalkulator. Dia membuat kira-kira dan menunjukkannya kepada mereka. Lama kelamaan, dia dapat bertutur dalam Bahasa Indonesia tanpa menghadiri kelas. Sekarang dia telah berjaya. Dia memberitahu Lim Chuan Poh bahawa dia mengamalkan sikap “lakukan saja”.
Dia
bukan seorang sahaja yang bersikap begitu.
Kira-kira 10 atau 20 orang di kalangan mereka berada di
Oleh
itu, kita perlu mempunyai inovasi dan semangat keusahawanan.
Kedua, kita perlu mengeksploitasi penyelidikan dan pengembangan (R&D), dan ilmu. Kita telah membina ekonomi kita berdasarkan kepada efisiensi dan kos yang berkesan. Kita bekerja cekap, mengurangkan kos dan pembaziran seberapa yang boleh dan menarik syarikat-syarikat berbilang negara supaya datang ke sini. Mereka menjalankan kerja keusahawanan dan kita mendapat pekerjaan.
Kini kita terpaksa mengembangkan ekonomi lebih daripada bergantung kepada kelebihan kita dari segi efisiensi. Kita mesti tetap cekap, tetapi kita kini mesti membina dan mengeksploitasi ilmu, penyelidikan dan pengembangan (R&D), bersaing berdasarkan ilmu, inovasi dan bakat, dan bukan hanya berdasarkan kos. Dengan cara ini kita dapat majukan ekonomi kita ke tahap yang selanjutnya.
Saya berikan anda contoh tiga buah syarikat untuk menerangkan maksud saya. Syarikat-syarikat ini ialah Philips, Samsung dan Sony. Ketiga-tiganya adalah syarikat elektronik. Syarikat-syarikat ini bermula dengan membuat barangan elektronik pengguna. Philips menceburi bidang penyelidikan dan pengembangan (R&D), produk perubatan, menjual peralatan perubatan, perisian yang canggih dengan keuntungan tinggi dan kandungan ilmu yang tinggi.
Samsung pula memasuki bidang telefon bimbit yang mempunyai banyak hiasan, yang menggunakan inovasi dan rekabentuk. Telefon bimbit buatannya mempunyai skrin berwarna dan kemudahan kamera. Syarikat ini mengeluarkan satu model baru dalam setiap beberapa hari dan telah menguasai agihan pasaran yang besar dan meraih keuntungan yang besar.
Sony menumpu pada barangan elektronik pengguna. Ia mengeluarkan barangan pada jumlah yang tinggi dengan marjin keuntungan yang rendah. Sejak beberapa tahun lalu, mereka menanggung kerugian. Oleh itu, kita harus meniru strategi seperti Samsung dan Philips.
Pada tahun lepas, saya telah meminta Dr Tan mempengerusikan sebuah jawatankuasa peringkat menteri mengenai penyelidikan dan pengembangan. Jawatankuasa ini telah membuat kajian mendalam, melawat banyak negeri dan mengemukakan saranannya kepada Pemerintah. Pemerintah telah menerima kedua-dua saranan itu. Satu daripadanya ialah untuk menubuhkan Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan (RIEC) untuk menasihat Pemerintah mengenai strategi-strategi penyelidikan dan inovasi. Anggotanya akan termasuk mereka daripada sektor swasta, universiti dan masyarakat saintifik. Menteri-menteri utama juga akan terlibat dalam majlis ini supaya mereka sendiri akan belajar dari dekat. Kedua, ialah menubuhkan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) untuk membiayai penyelidikan jangka panjang dalam bidang-bidang strategik. Usaha ini perlu dibuat di peringkat nasional, dengan sokongan seluruh Pemerintah dan dengan kerjasama sektor swasta. Saya telah memutuskan untuk mempengerusikan Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan. Dr Tony Tan telah bersetuju untuk menjadi pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional. Beliau juga akan menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Keusahawanan, dan akan membantu saya untuk memacu usaha ini, dan terus menyumbang selepas beliau bersara sebagai Timbalan Perdana Menteri di hujung bulan ini.
Saya amat terhutang budi kepada Dr Tony Tan kerana kekal di Kabinet untuk membantu saya menempuh tahun peralihan ini. Beliau telah membuat projek-projek yang besar, melakukan kajian semula mengenai penyelidikan dan pengembangan (R&D). menyelaraskan keselamatan negara, menubuhkan sistem untuk menjaga keselamatan negara kita, menyelia pendidikan universiti dan kini bersetuju untuk menyumbang selepas meninggalkan Kabinet.
Beliau akan membuat banyak lagi sumbangan kepada Singapura. Terima kasih, Tony.
Inovasi, keusahawanan dan penyelidikan dan pengembangan (R&D) adalah jalan untuk kita membentuk semula ekonomi Singapura. Pendekatan ini mempunyai risiko. Kita adalah sebuah negara kecil, dan dengan itu kita tidak mampu mencuba semua rancangan yang difikirkan. Kita terpaksa memilih hanya beberapa rancangan tertentu. Tetapi ini adalah tindakan yang kita mesti ambil dan jika kita berjaya, kita akan meraih kelebihan persaingan yang akan meletak kita ke depan untuk tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang; bukan selama-lamanya, tetapi cukup lama untuk kita menyara hidup yang baik dan merancang langkah selanjutnya untuk mencipta pekerjaan dan kemakmuran bagi warga Singapura.
Maju bersama
Apabila kita bercakap tentang pertumbuhan ekonomi, ia mempunyai tujuan sosial kerana dengan pertumbuhan, kita dapat menjana sumber-sumber, dan dengan sumber-sumber ini, kita dapat memenuhi matlamat sosial kita, lakukan apa yang kita mahu, mencapai matlamat dan maju bersama-sama.
Kita boleh menangani masalah menyesuaikan diri dengan sebuah masyarakat yang mempunyai ramai warga tua. Tahun lepas saya telah bercakap tentang warga muda Singapura. Tahun ini pula saya akan bercakap mengenai warga tua dan keprihatinan mereka.
Kita boleh membantu warga yang berpendapatan rendah, dan memastikan bahawa tiada sesiapa yang ketinggalan. Kita juga boleh memastikan bahawa penjagaan kesihatan mampu dibayar oleh warga kita, suatu perkara yang saya akan sentuh dengan ringkas di akhir ucapan saya nanti.
Memenuhi keperluan warga tua
Biarlah saya mulakan dengan soal memenuhi keperluan warga tua Singapura. Masyarakat kita semakin meningkat tua. Jika anda berada di Singapura sahaja dan tidak keluar negeri, anda mungkin tidak perasan kerana ia berlaku dengan perlahan. Tetapi jika anda seorang warga asing dan anda datang ke sini buat kali pertama, anda akan terkejut.
Halimah
memberitahu saya bahawa beliau telah mengadakan lawatan ke kawasanundi beliau
pada suatu hari, dan di pasar, beliau bertemu seorang pembantu rumah
Ia
tidak mengapa sekiranya anda bersara pada usia 55 tahun dan anda hidup
Biarlah saya bercakap dahulu tentang sikap pekerja. Pekerja yang lebih tua mesti belajar untuk menyesuaikan diri, mendapatkan kemahiran baru dan mengambil pekerjaan sementara atau pekerjaan kontrak. Mereka mesti mengikut perubahan di dunia dan menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang ada dengan kebolehan mereka. Saya tahu ramai pekerja yang lebih tua yang telah membuat penyesuaian diri dan dengan itu, berjaya mendapat pekerjaan dan dapat terus produktif dengan bantuan majikan yang bersikap terbuka. Pekerja-pekerja tua ini mempunyai azam yang kuat untuk tidak menyerah kalah. Mereka akan kekal di pasaran kerja walau apa pun terjadi; mereka akan berjaya melakukannya.
Baru-baru ini, majalah NTUC Lifestyle menerbitkan sebuah rencana mengenai seorang pekerja seperti ini. Namanya Shirley Lee dan dia berusia 63 tahun. Dahulu beliau bekerja sebagai kerani, tetapi telah dibuang kerja pada usia 50an. Beliau telah mendapat kerja lain, tetapi kemudian dibuang kerja sekali lagi. Beliau mempunyai simpanan dan suaminya bekerja, tetapi mereka mempunyai anak yang masih menuntut di maktab rendah. Mereka telah memutuskan untuk menabung untuk pendidikan dan masa depan anak mereka. Shirley berpendapat yang beliau masih sihat dan boleh bekerja. Oleh itu beliau akan bekerja. Beliau telah memohon banyak kali untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi gagal. Akhirnya beliau mengambil kursus dan mendapat sijil kerja pembersihan. Beliau mendapat tawaran kerja sebagai pekerja pembersihan bilik air, dengan gaji yang tidak seberapa tetapi beliau menerima pekerjaan itu. Saya petik kata-katanya dalam rencana itu: “Anak saya bertanya mengapa saya sanggup merendahkan maruah dengan bekerja sebagai pekerja pembersihan bilik air. Dia mahu saya berhenti. Saya beritahunya bahawa maruah kita tidak hilang hanya kerana kita menjadi pekerja pembersihan bilik air. Saya bekerja untuk menyara hidup dan tidak merompak orang lain. Lagipun, apa lagi kerja yang saya boleh buat di rumah sedang dia sibuk belajar di sekolah?”
Dengan sikap sedemikian, dan kebolehan menggunakan Word, Excel dan Spreadsheet, apabila NTUC Lifestyle menerbitkan ceritanya, Cik Shirley Lee menerima 71 tawaran pekerjaan. Beliau memilih untuk bekerja dengan Persatuan Bertindak Warga Tua Singapura (SAGE) kerana beliau mahu membantu orang lain sepertinya. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Shirley Lee. Saya rasa kita semua ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.
Sikap
majikan juga sama pentingnya.
Syarikat-syarikat perlu memberi peluang kepada pekerja tua. Jika seorang pekerja tua menghubungi syarikat
untuk minta kerja, mereka akan tanyakan usianya. Bila anda menjawab “Empat
puluh
Saya
fikir majikan harus mengubah pola minda mereka dan memberi pekerja tua peluang
bekerja.
Sesetengah majikan kita bersikap baik, tetapi kita memerlukan lebih banyak lagi. Hospital Besar Singapura (SGH) adalah satu contoh majikan yang baik. Hospital ini masih menggajikan 77 kakitangan yang melewati usia bersara, termasuk tiga yang berusia hampir 70 tahun. Bagaimanakah saya tahu? Saya sendiri bertanya kepada mereka. Saya telah bertemu seorang daripada pekerja-pekerja itu, iaitu Encik Ng Hon Weng, seorang juru radiografi. Dia menyiapkan pesakit untuk mengambil gambar X-ray. Setiap kali saya pergi ke SGH, jika dia bertugas pada masa itu, dia akan melayani saya. Dia cekap menjalankan tugas. Dia akan memberi arahan “angkat tangan, gerak sedikit, tahan nafas” dan dalam sekelip mata sahaja selesai mengambil gambar X-ray dengan tepat, tanpa perlu melakukannya semula. Saya pernah menjalani proses X-ray di luar negeri di hospital yang terkenal. Seorang pemuda telah mengarahkan dan membantu saya supaya berbaring di atas sebuah meja. Kemudian dia telah menggerakkan meja itu ke atas, kemudian ke bawah, lepas itu saya dipusingkan. Kemudian, pegawai penyelianya masuk dan berkata, “Ini tidak betul, buat sekali lagi”. Itulah sebabnya Encik Ng yang berusia 70 tahun masih boleh bekerja dan masih produktif. Dia mempunyai kemahiran yang boleh diturunkan kepada pekerja yang lebih muda agar mereka juga menjadi cekap sepertinya, atau mungkin lebih cekap lagi setelah mereka berpengalaman. Saya rasa kita perlukan lebih ramai pekerja seperti Encik Ng dan lebih banyak majikan yang sanggup menggajikan pekerja sepertinya.
Kita
mempunyai sebuah jawatankuasa tiga pihak yang sedang meneliti isu pekerja
tua. Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA),
kesatuan sekerja dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bekerja rapat untuk
membantu mereka. Walau bagaimanapun,
saya rasa isu ini bukanlah hanya melibatkan dasar, formula dan insentif. Isu ini memerlukan perubahan pola minda dan
itulah sebabnya ia menjadi satu tajuk dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan.
Isu yang kedua yang ingin saya perkatakan berhubung isu-isu sosial ialah tentang membantu warga Singapura yang berpendapatan rendah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, golongan tersebut menghadapi masa yang sukar - keadaan yang tidak menentu, pembuangan kerja, bonus dan bekerja lebih masa dikurangkan. Kini ekonomi kian pulih dan saya lihat bahawa gaji juga sedang meningkat naik, lebih ramai orang diambil kerja, dan keadaan bertambah baik. Tetapi kita masih perlu memberi perhatian kepada masalah golongan berpendapatan rendah kerana saya rasa ia belum selesai diatasi dengan sepenuhnya. Kita mesti memastikan bahawa setiap warga dapat menikmati hasil kemakmuran negara. Kita juga perlu melakukan ini untuk memastikan bahawa mobiliti sosial wujud di sini, iaitu sama anda kaya atau miskin, anda mempunyai peluang yang saksama bahawa anak-anak anda akan dapat mendaki tangga kejayaan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Kita
sudah pun membuat banyak usaha untuk memberi bantuan. Kita mempunyai segala jenis skim bantuan,
seperti Comcare, sebuah projek besar yang dilancarkan pada tahun ini. Kita mengadakan program mereka semula dan
mencipta semula pekerjaan supaya rakyat dapat bekerja dengan lebih bijak,
menjadi lebih produktif, dan mendapat gaji yang lebih, tidak kira sama ada anda
kerja membersih meja, menyapu jalan raya atau memandu bas.
Kita
menumpu kepada pendidikan dan latihan untuk meningkatkan kuasa pendapatan dan
memastikan bahawa pada jangka panjang, kita tidak akan ada rakyat yang
berkemahiran rendah yang dari itu bergaji rendah. Saya akan bercakap lebih panjang lagi
mengenai hal ini kemudian.
Tetapi
prinsip asas yang kita amalkan untuk membantu rakyat Singapura berpendapatan
rendah, yang telah berjalan dengan baik bagi kita dan kita mesti teruskan
adalah dengan mengamalkan “daya kerja”, bukan kebajikan. Ertinya jika anda bekerja, jika anda bersedia
untuk membantu diri anda dan jika anda mahu berusaha, saya akan bantu untuk
berjaya. Tetapi jika anda hanya duduk
diam sahaja dan berkata, “Tolong lakukan sesuatu untuk saya dan lebih banyak
tuan lakukan untuk saya, semakin kurang yang saya perlu lakukan untuk diri
saya”, saya fikir kita tidak boleh lakukan itu kerana jalan ini membawa kepada
kebinasaan. Ia menjahanamkan seseorang
dan mematahkan semangatnya untuk bekerja.
Ia akan membinasakan negara. Anda
tidak bekerja untuk mewujudkan kekayaan tetapi hanya berpeluk tubuh dan
mengharapkan rezeki turun dari langit. Kita tidak boleh hidup dengan cara ini.
Saya ingin
menarik perhatian kepada dua bidang berhubung keluarga berpendapatan rendah
pada malam ini. Satu ialah soal keluarga
berantakan. Ini adalah kumpulan yang
mempunyai pelbagai masalah. Kita jumpa mereka di sesi
menemui rakyat. Mereka datang untuk
minta bantuan. Untuk satu kes yang melibatkan mereka, kita perlu menulis lima
atau enam surat kerana mereka menghadapi masalah dengan agensi-agensi yang
berlainan dan mereka sebenarnya juga menghadapi masalah dalam keluarga mereka
sendiri – bercerai-berai, anak nakal dan sebagainya. Semua kaum mempunyai masalah sedemikian
tetapi masalah ini lebih banyak dihadapi oleh masyarakat Melayu, dan itulah
sebabnya saya bercakap lebih panjang sedikit mengenainya dalam ucapan saya
dalam bahasa Melayu sebentar tadi.
Tetapi ia adalah satu masalah yang kita perlu hadapi, menanganinya dan
membantu orang-orang ini membetulkan kehidupan mereka, dan yang paling penting
ialah membantu anak-anak mereka supaya mereka dapat memulakan kehidupan
mengikut jalan yang lurus dan tidak terjerumus ke jalan yang salah dan dengan
itu memanjangkan masalah mereka ke generasi selanjutnya. Jadi, itu adalah salah satu isu yang kita
perlu prihatin.
Satu
lagi isu berkenaan keluarga berpendapatan rendah ialah membincangkan apa yang
kita perlu buat untuk meningkatkan aset mereka.
Salah satu pendekatan yang sangat berkesan yang telah dilaksanakan
pemerintah di sini untuk sekian lama ialah Skim Pemilikan Perumahan HDB. Kita
memberi subsidi kepada rakyat untuk memiliki rumah dan untuk berjimat, tetapi
kita tidak memberi subsidi kepada rakyat untuk berbelanja. Jadi, menerusi skim pemilikan perumahan HDB
yang membantu anda memiliki flat HDB, kita telah menolong untuk memastikan yang
setiap orang mempunyai taruhan dalam Singapura dan ia adalah cara yang terbaik
untuk menaikkan taraf semua orang dalam masyarakat kita.
Jadi,
kita mengumpulkan bermacam-macam perangkaan yang terdapat di Singapura. Satu daripada golongan rakyat yang kita kaji
dengan teliti ialah mereka yang membentuk satu perlima atau 20 peratus penduduk
terendah. Kami telah menerbitkan
beberapa perangkaan baru-baru ini mengenai pendapatan mereka yang tidak naik
sebanyak yang kami kehendaki. Justeru
itu, saya meminta lebih banyak kajian mengenai harta mereka, apa yang mereka
miliki, dan anda akan terperanjat mendengarnya kerana pertama sekali golongan
seperlima penduduk yang terendah ini hampir kesemua mereka memiliki rumah. Kedua, jika anda ambil nilai rumah mereka
atau ekuiti mereka ke atas rumah itu, yang bermakna berapa banyak wang,
berapakah nilai rumah itu kepada mereka, secara purata, mereka mempunyai $138,000. Maknanya jumlah itu adalah nilai rumah mereka
setelah ditolak hutang rumah yang belum dilunaskan. Itulah nilai hartanya
kepada dirinya. Bolehlah tahan untuk golongan seperlima penduduk yang terendah
untuk mempunyai $138,000 berdasarkan nilai flat HDB mereka.
Jumlah
ini dapat menampung diri mereka sehingga usia senja dan juga keluarga mereka
jika mereka hati-hati. Mereka juga
mempunyai wang dalam CPF. Jadi, saya
tanya, “Adakah mereka mempunyai simpanan CPF?
Mari kita lihat simpanan golongan ini dan tengok berapa yang mereka
ada”.
Simpanan
mereka banyak juga. Secara purata, CPF $33,000; Medisave $16,000, bila anda
campurkan jumlah ini, sebenarnya mereka mempunyai kira-kira $49,000, atau
hampir $50,000 dalam bentuk simpanan untuk masa depan mereka. Kita telah mengambil langkah yang betul untuk
membantu rakyat berpendapatan rendah di Singapura membuat simpanan bagi
memastikan masa depan mereka terjamin, bahawa mereka mempunyai taruhan di
Singapura dan mereka telah membuat persediaan kewangan untuk usia tua mereka.
Tetapi
saya fikir kita boleh lakukan lebih daripada itu untuk membantu mereka, bukan
untuk membelanjakan simpanan itu tetapi untuk menambah aset mereka. Kita telah menelitinya dan kita memutuskan
bahawa apa yang kita patut lakukan ialah mengenalkan skim baru yang dikenali
sebagai Skim Geran Perumahan CPF untuk keluarga berpendapatan rendah membeli
flat HDB. Biar saya jelaskan bagaimana
ia dilakukan.
Apabila
anda membeli flat HDB daripada HDB, anda mendapat harga yang bagus. Saya rasa setiap orang pun tahu hal ini,
betul tak? Ini kerana kita menjual flat
HDB kepada anda pada harga di bawah kadar pasaran, ia satu diskaun dan ia
bererti satu hongbao. Tetapi dengan diskaun itu, harga flat itu
adalah sama apabila anda membeli flat, tidak kira sama ada anda mempunyai
pendapatan keluarga sebanyak $8,000, atau pendapatan keluarga anda adalah
$1,000, harganya sama, subsidinya sama, semua mendapat peluang yang sama. Jadi, soalan saya ialah bolehkah kita mencari
jalan untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapat geran yang lebih
besar. Saya rasa kita ada jalan untuk
lakukannya.
Apa
yang anda boleh lakukan ialah apabila sebuah keluarga membeli flat HDB, kami
akan menilai pendapatan anda dan jika pendapatan anda menggolongkan anda sebagai
berpendapatan rendah, saya fikir kita boleh memberi geran yang dimasukkan ke
dalam CPF anda yang akan membantu anda untuk membeli flat HDB daripada
kami. Ini adalah untuk flat HDB daripada
Pemerintah dan juga flat jualan semula HDB sekiranya anda mahu membeli di
pasaran terbuka. Anda akan mendapat geran jualan semula dan saya akan
memberikan geran itu juga kepada anda.
Kesannya ialah sekiranya anda berpendapatan rendah, anda mendapat geran
lebih tinggi dan saya rasa jika kita lakukan ini, kita akan dapat mengecilkan
jurang antara rakyat berpendapatan rendah dan mereka yang lebih mampu.
Kita
akan lakarkan butir-butirnya kerana anda mahu pastikan orang tidak akan
berhenti kerja semata-mata untuk mendapatkan geran itu, tetapi kita akan cari
jalan untuk melakukannya. Saya rasa ia
adalah cara yang betul untuk membantu rakyat Singapura berpendapatan
rendah. Oleh itu, saya telah menugaskan
Ng Eng Hen dan beliau bersetuju dan berjanji untuk bekerja keras untuk
menjayakannya.
Akhir
sekali, saya ingin becakap mengenai kos penjagaan kesihatan. Ini adalah satu persoalan besar. Saya tidak akan bersyarah panjang lebar
mengenainya. Saya akan gunakan
kesempatan lain untuk bercakap sepenuhnya mengenai perkara itu tetapi pada
malam ini, saya hanya mahu menyentuh beberapa perkara yang kita telah lakukan
berkenaan penjagaan kesihatan. Ia
menjadi keprihatinan kepada ramai rakyat Singapura, terutamanya warga tua dan
golongan berpendapatan rendah.
Kedua,
Medisave. Kita akan membuatnya lebih fleksibel supaya mereka yang mempunyai
baki dana yang mencukupi dan masih bekerja, kita akan lebih liberal terhadap
peraturan pengeluaran dana Medisave.
Jika anda mahu masuk ke wad-wad tanpa subsidi, iaitu wad A atau wad B1,
atau pun masuk ke hospital privet, anda boleh keluarkan wang lebih sedikit
dalam baki Medisave anda, dan jika anda mendapatkan rawatan yang besar di
Klinik Spesialis Pesakit Luar, saya rasa kita boleh benarkan Medisave digunakan
secara terkawal. Saya rasa ini akan banyak membantu kerana setelah membaca
senarai apa yang rakyat inginkan daripada ucapan Rapat Hari Kebangsaan, ini
adalah salah satu daripadanya. Kami
sedang menimbangkannya. Saya rasa kita
boleh memperbaiki skim-skim MediShield dan Medisave untuk memberikan lebih
manfaat kepada anda.
Masalah-masalah
ini tidak ada huraian yang mudah, tetapi saya boleh berjanji kepada anda – kita
adalah satu rakyat yang bersatu padu.
Pertumbuhan dan kemakmuran di Singapura adalah untuk semua rakyat
Singapura mengongsinya tetapi dengan syarat anda bekerja keras dan jika anda
membantu diri anda, kami akan membantu anda untuk mencapai kejayaan dan kita
akan maju bersama dan kami tidak akan meninggalkan sesiapa di belakang.
Rangsangan untuk politeknik dan ITE
Selanjutnya,
saya ingin bercakap mengenai pendidikan kerana untuk mencipta semula ekonomi,
rakyat Singapura perlu dilengkapkan dengan kemahiran yang betul dan juga sikap
yang betul. Tahun lalu, saya bercakap
mengenai konsep “Kurangkan mengajar, lebihkan belajar” di sekolah-sekolah kita
untuk memberi lebih ruang kepada warga muda kita untuk mengembangkan minat
mereka yang mereka pupuk dengan penuh rasa cinta. Saya fikir ia telah menyebabkan
sekolah-sekolah untuk berfikir dengan cara yang berbeza dan banyak kemajuan
telah dibuat ke arah ini. Oleh itu, pada
tahun ini, saya akan memberi tumpuan kepada pendidikan pos-menengah,
terutamanya politeknik dan ITE.
Kita
mesti mempunyai sistem pendidikan yang menawarkan pendidikan kelas pertama
untuk semua rakyat dan bukan hanya untuk segelintir golongan elit. Kita mahu mewujudkan peluang untuk semua
rakyat Singapura tidak kira latar belakang mereka. Kita mahu mengembangkan setiap bakat, bukan
sahaja mereka yang berbakat dalam bidang akademik, dan kita mahu mengelakkan
masalah golongan berkemahiran rendah dan berpendapatan rendah melarat ke
generasi seterusnya. Dengan cara itu,
kita dapat membina sebuah masyarakat yang merangkumi semua golongan dan
bergerak ke atas kerana jika seseorang bermula dari peringkat bawah dengan
pendidikan dan bakat yang baik, kita dapat naik ke atas.
Itulah
yang membuat Singapura berjaya. Ia bukan
kerana kita mempunyai beberapa orang bintang tetapi kerana kita mempunyai
pasukan Singapura yang kuat. Itulah
sebabnya kita dapat menjalankan operasi bantuan tsunami dengan baik. Anda boleh mempunyai jeneral-jeneral terbaik
untuk memberi perintah tetapi tanpa relawan, spesialis, teknisyen, anak kapal,
kelasi, pegawai darat, pertubuhan yang cemerlang dari peringkat di atas hingga
ke bawah, operasi anda tidak akan
berjaya. Setiap orang perlu dilatih
dengan baik dan tahu tugasnya.
Begitu
juga dengan penjagaan perubatan.
Mengapakah penjagaan perubatan kita baik? Ia bukan semata-mata kerana doktor dan pakar
bedah kita tetapi jururawat, teknisyen, spesialis makmal, seluruh kakitangan
hospital dan pentadbiran. Justeru itu,
jika anda dirawat di hospital, anda terjamin akan dijaga dengan baik. Katakanlah selepas anda menjalani pembedahah
pintasan jantung, jururawat akan pastikan bahawa anda berkeadaan baik dan
dijauhi jangkitan kerana anda boleh meninggal dunia disebabkan jangkitan dan
bukan kerana pembedahan pintasan jantung.
Atau sekiranya anda menjalani pemindahan darah, anda yakin darah itu
selamat. Anda tidak akan berdepan dengan
masalah lebih besar berikutan pemindahan darah.
Negara-negara
lain di rantau ini juga sedang memajukan sektor penjagaan perubatan mereka.
Mereka mempunyai doktor yang berkelayakan sama seperti doktor-doktor kita.
Mereka mendapat latihan di institusi-institusi Barat seperti Amerika Syarikat
dan Eropah, sama seperti doktor-doktor kita.
Tetapi dari segi pakej keseluruhan, mereka belum sampai ke taraf kita
walaupun mereka memperbaikinya.
Ketika
melawat sebuah negara di rantau ini baru-baru ini, saya sempat berbual-bual
dengan beberapa orang diplomat. Mereka
memberitahu saya kos pembedahan di
Ini
bermakna kita perlukan politeknik-politeknik dan ITE-ITE yang baik dan bukan
hanya universiti-universiti yang baik.
Politeknik-politeknik mengambil kohort pelajar yang terbesar – 40
peratus pelajar kita melanjutkan pelajaran ke politeknik. Politeknik-politeknik kita telah mencapai taraf
dunia dan dikagumi di peringkat antarabangsa. Saya telah melawat salah sebuah politeknik di
sini iaitu Politeknik Nanyang. Saya amat
kagum. Mereka merespons dengan baik
kepada keperluan-keperluan perusahaan yang berubah kerana mereka memberikan latihan
berguna kepada pelajar mereka.
Di Politeknik
Nanyang, saya lihat keahlian pelajarnya dalam dua bidang. Satu bidang ialah kejuruteraan. Mereka
mencipta robot. Bukan jenis robot yang
boleh melambai-lambai dan menunjukkan kepada anda ia benar-benar hidup tetapi
robot-robot yang dicipta untuk kegunaan operasi tertentu yang diupah oleh
perusahaan. Mereka menunjukkan kepada
saya sebuah robot yang dicipta mereka atas permintaan syarikat Hewlett
Packard. Robot itu digunakan untuk
membuat plotter. Plotter ialah satu alat
besar yang digunakan arkitek dan orang lain untuk melukis gambar-gambar besar
dan robot ini diperlukan di barisan pengeluaran. Ini adalah sebuah projek
sebenar. Pensyarahnya menjalankan projek itu dan para pelajar beliau bekerja
secara kumpulan dengan beliau. Ini
adalah projek sebenar yang akan digunakan dalam sektor perusahaan.
Dalam animasi
digital, mereka telah menghasilkan kartun mereka sendiri. Jika anda pernah tonton “Gan Cheong King” di TV
Politeknik-politeknik yang lain juga sedang mencipta
tukikan masing-masing dalam perusahaan.
Politeknik Temasek menawarkan kursus pelayanan dan pengurusan
pelancongan. Kursus itu diajar di
Sentosa untuk menyiapkan pelajar untuk bekerja di Resort Bersepadu (IR) lama
sebelum kita memutuskan untuk membina IR.
Nasib mereka baik kerana kita bersetuju untuk membina IR. Di Politeknik Ngee Ann, kursus-kursus
pendidikan awal kanak-kanak, perhubungan
Bagaimana kita dapat meningkatkan lagi
politeknik-politeknik kita? Saya ada
beberapa idea. Saya tidak fikir kita
patut mengubah mereka menjadi universiti kerana jika mereka mula
menganugerahkan ijazah dan bukan diploma, ciri institusi itu dan fungsinya akan
berubah. Anda akan lebih mementingkan
kelayakan kertas dan bukan ilmu untuk aplikasi perusahaan atau hasil praktikal
dan ini adalah satu kesilapan yang dibuat oleh banyak negara.
Tetapi apakah
yang kita boleh lakukan untuk memudahkan sebahagian pelajar politeknik
mendapatkan ijazah. Jawapannya ialah
dengan menjalin hubungan dengan universiti-universiti luar negeri yang
menawarkan bidang pengkhususan untuk menjalankan program ijazah dalam bidang
tukikan. Oleh itu, kita boleh melahirkan
siswazah dalam disiplin gunaan tertentu, berbeza daripada yang dijalankan di
NUS, NTU atau SMU. Mereka tidak akan
menjadi lulusan yang bertaraf rendah berbanding lulusan NUS, NTU atau SMU
tetapi mereka adalah siswazah dalam bidang-bidang khusus yang mendapat permintaan
tinggi. Misalnya, dalam media interaktif,
politeknik di sini boleh menjalin hubungan dengan institusi-institusi di
Amerika Syarikat seperti Institut Digipen.
Mereka menganugerahkan ijazah dalam bidang ini. Jika anda mengikuti kursus pengurusan resort,
anda boleh juga mendapatkan ijazah.
Kita boleh meningkatkan mutu Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kita. Ini adalah jenama pendidikan yang unik di dunia. Cogan kata mereka ialah "Tangan Yang Berfikir". Cubalah anda fikirkan. Ia adalah satu cogan kata yang baik kerana apabila pelajar menggunakan tangan untuk melakukan sesuatu, dia akan banyak menggunakan akalnya. Oleh itu, ITE melatih pelajar untuk menggunakan tangan, akal dan lakukan kerja dengan sepenuh jiwa. Jadi, anda menghasilkan orang yang serba boleh.
Saya
telah berkunjung ke ITE MacPherson. Saya
lihat kemudahan yang terdapat di
Baru-baru ini, empat pelajar perempuan ITE telah menyertai pertandingan wanita iaitu Pertandingan Pelajar bagi Kejohanan Wanita IBM di Singapura. Mereka terdiri daripada seorang naib-presiden majlis pelajar, seorang pelajar yang ingin menjadi usahawan dalam perniagaan bakul hadiah dan jambak bunga, seorang guru yang bertugas di MINDS (Pergerakan bagi Golongan Kurang Cerdas Singapura) dan seorang pemain hoki negara. Dalam pertandingan IBM ini, mereka bertanding melawan pasukan-pasukan dari universiti dan politeknik dan mereka telah muncul sebagai juara.
Saya telah
saksikan video yang mereka siapkan. Ia
sungguh menarik. Saya ingin menukil
sedikit apa yang dikatakan oleh Hemalatha Arudas, seorang pemain hoki. Dia bercita-cita untuk menjadi jurulatih hoki
satu hari nanti dan menurutnya, “Jangan sekali-kali mengaku kalah,
Kita wajar membawa ITE ke tahap selanjutnya – Satu Sistem, Tiga Kolej. Simei adalah satu daripada kolej yang kita telah bina. Ia besar dan menempatkan banyak bidang. Dua buah lagi akan dibina – di Chua Chu Kang dan Ang Mo Kio. Setiap kolej akan dapat menampung antara 5,000 hingga 7,000 pelajar, dengan kemudahan dan kegiatan menyeluruh seperti yang terdapat di politeknik, dan menawarkan lebih banyak pilihan kepada penuntut. Mereka yang cenderung dalam jurusan akademik atau kegiatan luar darjah boleh menyertai kegiatan yang luas pilihannya atau melakukan apa jua kegiatan yang mereka ingini.
Jadi,
apa yang kita boleh lakukan untuk memastikan pendidikan pos-menengah kita
memberi pendidikan yang terbaik kepada pelajar?
Saya ada satu lagi idea yang boleh dipertimbangkan. Ini timbul selepas saya menemui pensyarah di
politeknik dan ITE. Saya tanya mereka
adakah pelajar menghadapi masalah kewangan walaupun kami mensubsidi 90-95
peratus daripada kos pendidikan mereka.
Kata mereka, “
Oleh itu, saya rasa kita mesti fikirkan cara untuk menyediakan Akaun Pendidikan Pos-Menengah untuk setiap anak di sini. Ini akan membolehkan pelajar mengeluarkan dana daripada akaun ini untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik, ITE atau universiti di Singapura. Bagaimana kita akan lakukan? Kita mempunyai Bonus Bayi dengan jumlah wang yang besar. Tidak setiap ibu bapa telah menggunakan dana tersebut. Apabila anak anda masuk ke sekolah pada usia enam tahun, dia akan disediakan dengan Akaun Edusave. Satu idea ialah apabila anak itu memasuki alam persekolahan, kami akan menukar Bonus Bayi itu kepada Akaun Pendidikan Pos-Menengah dan kami akan benarkan ibu bapa untuk terus menyumbang wang dan kami akan memadankan sumbangan mereka sehinggalah anak itu berusia 18 tahun. Sebenarnya, pada usia itu, anak itu sudah cukup besar tetapi ibu bapa masih bertanggungjawab terhadapnya. Apabila ia mencecah usia 18 tahun atau pun 16 tahun, kita boleh memastikan bahawa ia akan memasuki institusi pos-menengah yang baik di Singapura. Dengan cara itu, kita dapat membantu setiap keluarga untuk melabur dalam pendidikan yang terbaik yang boleh didapati oleh anak-anak mereka, yang merupakan satu pelaburan yang terbaik yang mereka boleh lakukan.
Apa
lagi yang kita boleh lakukan? Saya rasa
kita harus lihat satu aras ke bawah politeknik dan ITE iaitu aliran
Saya
bertanya kepada Tharman, “Adakah pelajar ITE suka ITE? Adakah mereka gembira belajar di
Dalam
aliran
Misalnya,
di
Itu
satu pendekatan yang mereka boleh lakukan.
Satu lagi ialah mengenalkan mata pelajaran elektif praktikal agar anda dapat
membina minat dan bakat yang berbeza untuk para pelajar itu. Misalnya lukisan digital yang menggunakan
sofwe untuk mencipta animasi dan grafik digital. Atau satu lagi yang lebih menarik. Mereka menggunakan produk semula jadi untuk
menghasilkan ubat dan minyak wangi.
Dengan cara demikian, mereka memahami sains kesihatan dan memahami serba
sedikit mengenai kimia dan biologi. Anda
melakukan sesuatu yang mencabar mereka dan menarik perhatian mereka dan membuat
mereka terlibat dengan pelajaran mereka. Jika kita dapat menarik hati mereka, kita
telah menang separuh daripada pertempuran untuk mengekalkan mereka di sekolah
kerana menurut guru-guru yang mengajar di Kelas
Terdapat
39 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran elektif. Kita akan menawarkan mata pelajaran elektif
di bawah Kurikulum Baru Normal Teknikal dalam masa dua tahun. Oleh itu, kita memberi tumpuan dari peringkat
atas sehingga ke peringkat bawah dan merentangi jajaran yang luas dalam sistem
pendidikan kita untuk menyediakan banyak lowongan yang sesuai dengan keupayaan
pelajar-pelajar kita yang berbeza. Kita
mahukan banyak model kejayaan yang berbeza seperti pelajar perempuan ITE yang
saya katakan tadi agar anda tidak melihat kejayaan dalam acuan yang sama. Jika
anda ada cita-cita dan kebolehan dalam sesuatu jurusan, kami akan membantu
anda. Terdapat banyak laluan untuk
berjaya dan banyak peluang untuk berpindah jurusan. Anda boleh masuk ITE, kemudian melanjutkan
pelajaran di politeknik dan dari
Saya
berjumpa seorang pensyarah ITE bernama Eric Chen. Beliau dibuang sekolah semasa di menengah
tiga kerana ponteng sekolah. Beliau tidak berapa yakin untuk menduduki
peperiksaan GCE peringkat ‘O’. Lalu
beliau masuk ke ITE. Institusi itu
mengubah hidupnya. Dari ITE, beliau
melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ngee Ann.
Selepas itu, beliau menuntut di Universiti Edinburgh dan mendapat ijazah
kejuruteraan. Beliau kemudian
melanjutkan pengajian di Kolej Imperial,
Matlamat
kita ialah untuk mencapai banyak puncak banjaran gunung, bukan satu puncak yang
tertinggi. Kita mahu banyak laluan untuk sampai ke atas, banyak cara untuk
berjaya. Jika anda seorang pembuat teh
tarik, jadilah orang yang pandai sekali membuat teh tarik. Anda boleh menuangkan teh ke dalam gelas
sambil memusingkan badan anda. Ini bukan
mudah. Dengan itu, kita boleh mencipta
Singapura seperti yang kita mahukan, dengan setiap orang mempunyai tempat di
Singapura. Sebuah ungkapan Cina
mengatakan bahawa dalam setiap profesi, ada yang cemerlang, ada yang terbilang,
ada yang berkelas dunia dan saya rasa kita mesti menjadi orang-orang seperti
itu di Singapura.
Memperbaiki budaya perkhidmatan kita
Usaha membentuk semula Singapura termasuk membentuk semula pola minda kita. Kita perlu mengubah pemikiran kita. Banyak perubahan pola minda yang kita perlu lakukan. Dari masa ke masa, menteri-menteri kita memperkatakan soal ini dalam ucapan-ucapan mereka seperti jangan takut gagal, bersedia mencuba cara baru, beri peluang kedua kepada seseorang, menyesuaikan diri mengikut perubahan dalam pasaran buruh dan lain-lain lagi. Pada malam ini, saya ingin bercakap mengenai satu perkara sahaja iaitu budaya perkhidmatan kita.
Ia
adalah satu faktor kejayaan yang kritikal jika kita mahu memajukan perusahaan perkhidmatan kita dan
ia adalah satu lagi perkara yang saya perolehi ketika berkunjung ke
Justeru
itu, kita mesti berupaya untuk berbuat seperti mereka. Di Singapura, kita tiada budaya layanan mesra
yang semula jadi.
Di
Thailand, orang lelaki menyapa dengan ucapan Sawadikup sementara orang perempuan menyebut Sawadika. Orang Jepun ucap Irrashaimasse. Orang India pula ucap Namaste atau Vanakkam,
orang Australia G’day mate. Orang Singapura terus tuju kepada
maksud: “Bagaimana saya boleh bantu
anda?” Jika anda kurang bernasib baik,
mereka tanya “Apa awak nak?”
Beberapa
pertubuhan Singapura mempunyai taraf perkhidmatan cemerlang seperti kakitangan
imigresen di Lapangan Terbang Changi dan Syarikat Penerbangan Singapura
(SIA). Begitu juga dengan sektor-sektor
hotel, runcit, makanan dan minuman kita.
Tetapi perjalanan kita untuk mencapai taraf dunia masih jauh dan saya dengar ada syarikat yang tidak peduli tentang mutu khidmat yang mereka berikan. Ini adalah satu masalah yang perlu diatasi pada tiga peringkat. Pertama, syarikat-syarikat perlu memberikan tumpuan kepada budaya layanan mesra. Kedua, kakitangan perkhidmatan mesti mempunyai fokus untuk memberikan layan mesra. Ketiga, kita sebagai pelanggan juga perlu mempunyai budaya ini.
Saya akan memberikan contoh bagi setiap peringkat. Saya mula dengan syarikat kerana mereka yang menentukan suasana. Seorang pelajar tahun akhir sebuah politeknik telah dihantar bekerja di sebuah hotel untuk memenuhi syarat kursusnya. Seorang tetamu telah menempah air sejuk dan setelah lama menunggu rakannya berasa kesejukan. Pelajar itu berpendapat dia mesti melakukan sesuatu untuk menjaga pelanggan itu lalu memberikannya segelas air panas. Tetapi pelajar itu dimarahi kerana menyajikan air panas. Dia seharusnya meminta pelanggan itu membeli segelas air panas. Pelajar itu berasa kecewa dengan sikap hotel tersebut lalu berhenti kerja.
Jika
saya, saya akan terus berkerja di hotel pesaing. Jelas sekali pengendali hotel itu tidak
mempunyai budaya layanan mesra. Tetapi
kadang-kadang, kakitangan muda atau tua itu sendiri yang tidak mengamalkan budaya
ini.
Pelanggan: “Makcik, dua bungkus, kurang minyak, tak mahu cili, tak mahu
kerang.”
Penjaja “Dua bungkus, kurang minyak,
tak mahu cili, tak mahu kerang.”
Pelanggan: “Makcik, maaf, tauge
lebih.”
Penjaja “Dua bungkus, kurang
minyak, tak mahu cili, tak mahu kerang, tauge lebih.”
Tukang masak: “Tauge, berapa
banyak?”
Penjaja: “Eh! Tauge, berapa banyak?”
Pelanggan: “Lebih.”
Tukang masak: “Lebih”.
Penjaja: “Cik, tauge ini cukup
atau tidak?”
Pelanggan: “Ya.”
Pelanggan berbangsa
Penjaja: “Tunggu.”
Tetapi kadang-kala, masalah itu terletak di pihak pelanggan. Jadi, saya dapatkan satu lagi rakaman video untuk ditunjukkan kepada anda. Ia bertajuk “Tao Gay Never Enough” atau “Tauge Tak Pernah Cukup”.
Pelanggan: (sambil berbual di
telefon bimbit) “Satu bungkus.”
Penjaja: “Satu bungkus.”
Pelanggan
Pelanggan: “Kurang minyak, tak
mahu cili.”
Pelanggan
Pelanggan: “Tauge lebih.”
Pelanggan
Pelanggan 2 (yang potong jalan orang-orang yang beratur): “Boleh tumpang tiga bungkus?”
Pelanggan: “Makcik, tiga bungkus
lagi.”
Pelanggan
Pelanggan: “Bukan urusan awak.”
(Penjaja dengan rasa bersalah memberikan satu bungkus kway teow goreng
kepada Pelanggan. Pelanggan enggan
mengambilnya, hentak kaki lalu meninggalkan gerai itu bersama Pelanggan 2.)
Jika anda terhibur menonton video itu, ia sebenarnya disiapkan oleh Sekolah Filem dan Media, Politeknik Ngee Ann. Oleh itu, ketiga-tiga pihak sama ada syarikat, kakitangan perkhidmatan atau pelanggan, perlu memainkan peranan masing-masing.
Syarikat-syarikat perlu menunjukkan kepimpinan. Anda perlu mengamalkan dasar yang menekankan khidmat layanan mesra. Anda perlu mempunyai sistem dan proses. Anda mesti mengamalkan sikap yang menggalakkan kakitangan memberikan perkhidmatan yang baik. Seperti di Hotel Raffles yang mengamalkan cogan kata mereka ‘Berkhidmat Untuk Anda’. Jadi, apa sahaja yang anda minta, kami akan berkhidmat kepada anda untuk memenuhi permintaan anda.
Saya rasa kita
pun boleh buat begitu. Di
hospital-hospital kita, mereka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk
memanggil pesakit apabila nombor giliran mereka tiba. Ini membolehkan pesakit menguruskan hal-hal
lain, membeli-belah di kedai-kedai dalam perkarangan hospital atau pergi ke
tempat lain tetapi mereka tidak terlepas nombor giliran mereka. Ini meningkatkan mutu perkhidmatan. Anda mesti menekankan latihan perkhidmatan untuk kakitangan, bukan sahaja
kakitangan barisan depan, tetapi juga para pengurus dan penyelia supaya semua
orang faham bahawa perkhidmatan baik adalah penting.
Terdapat pertubuhan-pertubuhan
yang mengamalkan budaya perkhidmatan. Umpamanya Lembaga Perumahan dan
Pembangunan (HDB). HDB yang mengendali beratus ribu urusniaga setiap tahun
menghendaki para pegawai kanan turun padang sekali setahun pada Hari Khidmat
Bermutu. Mereka bertugas di barisan
depan untuk berkhidmat kepada penduduk yang menghadapi pelbagai masalah. Saya diberitahu mengenai perkara itu dan saya
kata eloklah begitu. Ia seperti Anggota Parlimen yang menjalankan sesi Menemui
Rakyat.
Oleh yang demikian, semua orang
akan faham bahawa perkhidmatan adalah penting dan kakitangan barisan depan
akan mendapat sokongan yang mereka
perlukan.
Selanjutnya, kakitangan
perkhidmatan mesti mempunyai pola minda untuk memberi layanan mesra. Anda harus tahu dan percaya bahawa pekerjaan
perkhidmatan adalah pekerjaan yang mulia, bukan pekerjaan kelas rendah. Anda boleh memberi khidmat dengan rasa bangga
dan profesionalisme dan pekerjaan-pekerjaan ini boleh membawa anda ke pekerjaan
yang lebih baik pada kemudian hari.
Hotel Ritz Carlton mengamalkan falsafah “Kami adalah kakitangan budiman
yang berkhidmat kepada tetamu budiman”.
Anda boleh mula bekerja sebagai pelayan hotel, kemudian anda menjadi
tukang urut atau jika anda bekerja sebagai pembantu pendandan rambut, anda
boleh membuka salon anda sendiri, anda boleh menjadi penggaya rambut.
Kita boleh membina laluan
kerjaya untuk sampai ke atas. Anda
bermula dengan memberikan khidmat kepada orang lain. Anda belajar bagaimana untuk menggembirakan
hati tetamu. Ia adalah satu kemahiran
yang berharga yang anda boleh bawa ke mana-mana.
Tetapi, tentu sekali, anda juga memerlukan
kemahiran sosial – bagaimana menampilkan diri, bagaimana memberi layanan dan
bagaimana bersopan untuk menyenangkan hati pelanggan.
Salah satu kesukaran untuk
melakukan ini ialah di Singapura
kehidupan mungkin agak terlalu senang.
Kenapa saya kata begitu? Saya
beri anda satu contoh.
Seorang
pramugari Singapura tiba di sebuah destinasi dan mendapati bahawa dia tidak
mempunyai pasport. Kekecohan berlaku. Pengurus lapangan terbang datang untuk
menyelesaikan masalah itu dan berjaya mendapatkan keizinan masuk untuk
pramugari tersebut. Pengurus itu memarahinya
dengan berkata “Mana pasport awak?
Bagaimana awak sebagai pramugari lupa bawa pasport?” Dia menjawab, “Bila saya pulang nanti saya
akan marah pembantu rumah saya kerana dia yang mengisi pakaian saya ke dalam
beg, dan dia terlupa untuk memasukkan pasport saya, ini salah dia.”
Jadi,
saya fikir adalah sukar sedikit untuk menyediakan khidmat yang baik jika anda
sudah terlalu biasa dijaga dan dilayan oleh orang lain. Tetapi jika anda lihat
negara-negara kaya yang maju seperti Amerika, anda boleh mendapat layanan yang
baik di restoran-restoran dengan pelayan-pelayan yang baik. Jadi, saya fikir kita boleh melakukannya
dengan syarat kita membuat usaha itu dengan sepenuh hati dan memberi tumpuan
kepada pelanggan dan memperbaiki khidmat kita.
Dan kita perlu
menekankan mesej ini berulang kali dengan menggunakan peringatan, kempen, apa
jua cara.
Di Hongkong, mereka telah merombak cara
mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Salah satu daripadanya ialah
mereka mengadakan kempen. Jadi, Andy Lau
muncul dalam iklan-iklan televisyen dan menggesa orang ramai supaya memberi perkhidmatan
yang baik. Rancangan tersebut
bertajuk ‘A Hospitable Hongkong’ atau ‘Hongkong yang Ramah’.
Saya
rasa kita harus menimbangkan untuk mengadakan kempen yang sama. Mungkin kita boleh mendapatkan khidmat Taufik
dan Sly untuk melakukannya, dan kita boleh mengadakan kempen GST – Sapa
(Greet), Senyum (Smile) dan Terima Kasih (Thank) dan kita akan membawa
perbezaan.
Tetapi pelanggan
juga harus mengubah sikap mereka kerana jika pelanggan tidak bersopan dengan
anda, anda tidak akan memberi khidmat dengan rasa bangga. Dan pelanggan harus tahu seperti yang tidak
diketahui oleh pelakon dalam ‘Tao Gay
Never Enough’ atau ‘Tauge Tak Pernah Cukup’ bahawa hanya kerana seseorang
itu melayani anda, tidak bermakna dia adalah seorang hamba atau seorang
babu. Dia melayani anda, dan adalah
tanggungjawab anda untuk bersopan, bertimbang rasa, mengucapkan terima kasih
kepadanya dan menghargai apa yang telah dilakukannya untuk anda. Pelanggan yang baik menerima layanan yang
baik. Dan saya rasa itu adalah satu perkara yang
harus kita semua ubah. Memang mudah
untuk mengatakan orang yang melayan orang lain harus mengubah sikap kerana kita
semua ketawa melihat gelagat orang yang memberi layanan itu. Tetapi, saya dapati penonton lebih gelak
apabila menonton tayangan video ‘Tao Gay Not
Enough’ atau ‘Tauge Tak Cukup’ daripada menonton tayangan video ‘Tauge Never Enough’ atau ‘Tauge Tak
Pernah Cukup’. Tetapi sikap pelanggan
dalam tayangan video ‘Tauge Tak Pernah Cukup’ juga mesti diperbaiki.
Kita
telah berjaya menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa sebelum
ini. Apabila kita menganjurkan satu
acara besar, kita dapat lakukannya dengan baik. Kita telah berjaya menjadi tuan
rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Acara-acara besar yang lain akan diadakan
pada masa akan datang. Tahun depan,
Persidangan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia yang akan dihadiri oleh
lebih kurang 16,000 peserta akan diadakan di sini. Sidang ini mungkin 10 kali lebih besar
daripada Mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang diadakan pada awal
tahun ini dan kita mesti memberi perkhidmatan yang terbaik supaya seluruh dunia
tahu bahawa Singapura bukan sekadar bersih dan selamat tetapi juga ramah dan
mesra. Dari itu, marilah kita berusaha
dari sekarang.
Ini
adalah usaha yang kita perlu teruskan buat masa yang lama. Agensi-agensi pemerintah akan berbincang dan
mempromosikan negara kita dan saya telah meminta Raymond Lim mengetuainya untuk
memastikan bahawa setiap orang memainkan peranannya. Saya rasa beliau dapat melakukannya. Ia bukan hanya untuk pelancong tetapi untuk
diri kita juga kerana menjadi sifat masyarakat kita untuk melakukan sesuatu
dengan cekap. Kita adalah sebuah
masyarakat yang santun, berbudi, saling menghormati antara satu sama lain,
mempunyai kesedaran bahawa setiap orang mempunyai tempat yang mulia di Singapura, setiap orang
adalah sebahagian daripada Singapura, memainkan peranannya dan cemerlang dalam
profesinya dan memberi khidmat dengan rasa bangga.
Mencipta sebuah bandar
yang ‘global dan bertenaga’
Untuk
mencipta semula ekonomi dan menarik bakat, kita juga mesti mencipta semula
bandar kita. Kita mesti jadikan bandar
kita sebuah bandar yang hidup dan bersemangat, bertenaga dan terangsang di mana
orang ingin mendiaminya, bekerja dan beriadah, di mana mereka rasa terangsang
untuk menjadi aktif, kreatif dan menikmati kehidupan. Kementerian Pembangunan Negara dan Penguasa
Pembangunan Semula Bandar telah memberi taklimat kepada saya baru-baru ini
mengenai rancangan-rancangan mereka.
Saya ingin tahu apa yang sedang
mereka rancang dan mereka telah memberi saya penerangan yang lengkap,
bersama seluruh pasukan mereka. Saya
dapat merasakan keghairahan dan keterangsangan mereka. Dari itu, saya membuat
keputusan untuk mengongsinya dengan anda dan untuk menolong saya mendapat
gambaran itu, saya telah menyediakan beberapa slaid untuk tontonan anda.
Setiap
bandar utama di dunia sedang mencipta semula diri mereka. New York adalah ‘Apel Besar’, tetapi Pusat
Dagangan Dunia telah runtuh, dan kawasannya telah menjadi tanah kosong. Mereka sedang membina semula Pusat Dagangan
Dunia, membina tujuh bangunan yang menjadi ikon baru, menghidupkan semula dan
mengembalikan kegiatan di kawasan Manhattan itu. Dan ini adalah bakal rupa bentuknya dengan
bangunan tertinggi yang dipanggil Freedom
Tower.
Dubai
akan membina bangunan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian lebih kurang
700 meter dan dipanggil Burj Dubai. Puncaknya
agak samar-samar kerana mereka tidak mahu memberitahu anda sama ada ia
benar-benar genap 700 meter atau tidak. Mereka
tidak mahu orang lain membina bangunan setinggi 701 meter. Tetapi mereka akan mempunyai sebuah pusat
beli-belah yang terbesar di dunia yang mana kita memainkan peranan kecil kerana
sebuah firma Singapura, DP Architects yang terlibat dalam Esplanade, sedang
mereka-bentuknya. Dan negara itu
merancang projek-projek besar yang lain juga.
Kita ada Biopolis. Mereka akan
membina satu yang lebih baik. Mereka
akan memanggilnya Dubai-opolis.
Dan mereka berkata: “Kita telah
meninggalkan Singapura di belakang.” Sekarang saya tidak pasti sama ada mereka
telah meninggalkan Singapura di belakang tetapi kita juga terpaksa bergerak
maju.
Kita tidak harus bersaing untuk mempunyai bangunan yang terbesar, tertinggi, tercantik atau termewah kerana kita tidak mempunyai minyak dan gas. Tetapi kita mesti memanfaatkan kekuatan kita. Dan apakah kekuatan kita? Kekuatan kita adalah warisan berbilang budaya kita, sekitaran kita yang bersih dan selamat, warga yang berdisplin dan bertenaga serta masyarakat kosmopolitan lagi terbuka. Kemudian barulah kita dapat jadikan Singapura sebagai sebuah bandar global yang bersemangat dan bertenaga, bukan hanya untuk menarik pelancong, tetapi untuk orang kita sendiri dan untuk mewujudkan sekitaran kehidupan yang ulung untuk semua warga.
Kita akan mulakannya dengan
estet-estet perumahan HDB kerana di sinilah rakyat kita tinggal. Kita ingin jadikan sekitaran kediaman di
estet perumahan HDB sebagai sekitaran kediaman kelas pertama dan terkini. Kita sedang memperbaharui estet-estet HDB kita satu demi satu. Kita mulakan ini di estet HDB Toa Payoh. Toa Payoh adalah bandar yang tertua dan serba
lengkap tetapi sekarang estet ini adalah salah satu estet yang terkini dan
telah diperbaharui sepenuhnya. Hampir
semua flat di estet Toa Payoh telah di pertingkatkan menerusi Program
Peningkatan Sementara (IUP), Program Peningkatan Utama (MUP), Program
Peningkatan Lif (LUP), Skim Pembangunan Semula Secara Kelompok Terpilih (SERS)
dan program lif untuk blok yang rendah.
Kita
sedang membina flat-flat baru di estet ini dan terdapat juga flat-flat 40
tingkat yang mempunyai nilai yang tinggi kerana pemandangan yang menarik. Penghuninya sangat gembira dapat tinggal
dalam flat tinggi dan mereka merupakan penduduk baru.
Pusat
bandarnya telah diperbaharui, pusat tukaran
bas berhawa dingin. HDB Hub terletak di situ, kedai-kedai,
pejabat-pejabat, restoran-restoran semuanya baru. Ia adalah satu peningkatan yang
berjaya. Malahan, pertubuhan akar umbi
saya, Balai Rakyat Teck Ghee, mengadakan kegiatan di pusat bandar Toa Payoh.
Tiap tahun ia menganjurkan Perlawanan Futsal Nasional yang besar. Tetapi untuk peringkat akhir, kami tidak
mengadakannya di Teck Ghee atau Ang Mo Kio, tetapi di HDB Hub kerana terdapat
ramai orang di sana. Pada hujung minggu, seramai 100,000 orang mengunjungi pusat
bandar itu dan banyak kegiatan di tempat terbuka dianjurkan di sana kerana
terdapat penduduk muda, flat-flat baru dan pasangan-pasangan muda yang telah
berpindah ke flat-flat di estet itu. Ini
menjadikan nilai hartanahnya meningkat. Peningkatan
sedemikian juga turut akan dijalankan di estet-estet lain.
Saya
telah bertanya kepada Mah Bow Tan bilakah giliran kawasan undi saya untuk
dipertingkatkan. Beliau berkata bahawa
flat-flat yang tertua mesti didulukan. ABC,
Ang Mo Kio, Bedok, Clementi. Tetapi giliran estet-estet lain juga akan tiba dan
akhirnya semua bandar baru di Singapura akan dipertingkatkan dengan syarat penduduk-penduduknya
menyokong program peningkatan ini.
Kita
akan menjalankan peningkatan di pusat bandar raya seperti di Orchard Road. Ini kerana Orchard Road adalah kawasan
membeli-belah utama kita, jenama kita dan terkenal di seluruh dunia. Tetapi
Orchard Road sedang menghadapi persaingan daripada kawasan-kawasan
membeli-belah di bandar-bandar lain. Nanjing Lu di Shanghai sangat gah sekali.
Oleh itu, kita perlu membaharui Orchard Road.
Kita
telah lakukan ini di beberapa tempat. Sekarang ada kedai-kedai yang menjual
makanan dan kafe-kafe di tepi jalan dan ramai orang mengunjunginya. Kita membenarkan pusat-pusat membeli-belah untuk mengubahelok mengikut
konsep terbuka. Anda boleh melihat apa yang terdapat di dalamnya dari
luar. Dari dalam pula anda boleh melihat
orang yang lalu-lalang di luar.
Kita mempunyai kegiatan jalanan
yang bersemangat dan bertenaga - tarian, persembahan dram dan
penghibur-penghibur. Tetapi kita boleh menggalakkan lebih banyak lagi kegiatan
jalanan. Kita akan meminta pemilik pusat
membeli-belah untuk menganjurkan lebih banyak kegiatan. Di penghujung Orchard
Road, terdapat sebuah tanah kosong berdekatan Stesen MRT Orchard yang amat
popular sebagai tempat pertemuan pembantu rumah asing di hujung minggu. Tetapi
ia adalah tapak utama bagi pembangunan dan kita mahu pemaju membangunkannya
sebagai satu tempat tumpuan dengan ruang bagi acara-acara hiburan dan sebuah
menara pemerhatian. Kita akan menjadikan
Orchard Road salah satu kawasan yang terkenal di dunia iaitu sebuah tempat yang
anggun untuk membeli-belah dan untuk menikmati suasana meriah.
Jika
anda menaiki keretapi MRT dari Orchard Road anda akan melalui kawasan Bras
Basah Road dan Bugis. Ini adalah satu lagi kawasan yang akan banyak dimajukan
untuk menjadikannya lebih bersemangat dan bertenaga. Saya telah meninjau kawasan ini. Saya tertarik dengan rancangan yang sedang
dibuat untuk kawasan itu. Kita sedang menghidupkan semula suasananya dengan
kegiatan-kegiatan untuk menjadikannya sangat menarik.
Beberapa
institusi pengajian tinggi terletak di kawasan itu. Universiti Pengurusan Singapura (SMU) telah
dibina di sana. Bangunan-bangunannya
selesa, tidak terlalu tersergam, berkonsep terbuka, disepadukan dengan
pokok-pokok, dan ia melengkapi bangunan-bangunan lama yang bersejarah.
Akademi
Seni Halus Nanyang (NAFA) juga terletak di kawasan itu. Ramai penuntut belajar di akademi tersebut. Kita akan bina Maktab Seni SIA-LaSalle di
kawasan itu pada tahun depan. Ia akan
mempunyai bangunan yang amat menarik.
Kita akan membina sebuah sekolah seni yang baru bersebelahan Bangunan
Cathay lama dan jika anda campurkan semua pelajar di kawasan ini, kita akan
mempunyai lebih kurang 14,000 orang penuntut.
Kita juga sedang membina asrama.
Berbagai-bagai jenis kegiatan akan dianjurkan di kawasan itu. Pelajar-pelajar akan bersantai di pub, kafe,
kedai-kedai makan. Sebahagian daripada
mereka akan pergi ke Perpustakaan Negara di mana terdapat ruang dan
kemudahan-kemudahan untuk mereka gunakan.
Bukan
sahaja buku-buku atau sumber-sumber atau peluang melungsuri Internet yang lebih
baik daripada sebelumnya, tetapi juga Pusat Drama, ruang-ruang kegiatan dan
acara-acara yang menarik.
Kita
akan juga mengembalikan kegiatan-kegiatan jalanan. Di sepanjang jalan-jalan di kawasan itu sekarang terdapat gerai-gerai. Saya telah berjalan-jalan di sepanjang Pusat
Membeli-belah Albert dan Pusat Membeli-belah Waterloo. Saya dapati ia amat menarik dan saya lihat
ada orang menjual bunga. Terdapat Kuil
Guanyin yang amat terkenal. Di
sebelahnya, terdapat kuil Hindu yang juga terkenal. Saya diberitahu bahawa ramai orang
bersembahyang di kedua-dua kuil iaitu mula-mula di Kuil Guanyin dan selepas itu
di kuil Hindu untuk memastikan bahawa permintaan mereka terkabul.
Mengapa tidak? Bila anda keluar daripada kuil itu anda boleh
menyentuh Patung Buddha untuk mendapatkan tuah.
Malahan, terdapat dua patung Buddha supaya pengunjung mendapat tuah
berganda.
Jadi, kawasan Bras
Basah-Bugis menawarkan sesuatu yang baru dan menarik dan juga sesuatu yang lama
dan nostalgia.
Anda yang sebaya atau lebih
kurang sebaya dengan saya akan ingat kawasan lama Bras Basah-Bugis. Terdapat banyak sekolah di situ
sehingga tahun 70an seperti St Josept Institution, CHIJ, St Nicholas dan St
Anthony dan Sekolah Rendah Perempuan Raffles. Raffles Institution juga
berdekatan dengannya. Sekolah saya, Sekolah
Tinggi Catholic, juga di
Yang paling sentimental bagi
kebanyakan orang adalah Perpustakaan Negara lama. Kami menghabiskan masa berjam-jam di sana
untuk belajar, berbual-bual, berkasih-kasihan, menjalin kenalan baru,
kadang-kadang ada yang menemui pasangan di sana. Ramai rakyat Singapura berasa
sedih melihat perpustakaan itu dirobohkan.
Bagaimanapun, ini tidak dapat dielakkan. Kita telah mengambil 5,000 keping batu-bata daripada
bangunan lama dan kemudian menggunakannya untuk membina sebuah tembok di
Perpustakaan Negara baru untuk mengekalkan kenangan-kenangan lama.
Sekarang
kita sedang mengembalikan suasana lama dengan mendirikan institusi-institusi
pengajian tinggi di kawasan itu dan menarik
pelajar-pelajar ke sana. Jika anda
dengar seperti apa yang dikatakan oleh pelajar-pelajar, saya rasa kita berjaya
dalam usaha kita.
Saya
terbaca sebuah rencana baru-baru ini, iaitu surat yang ditulis oleh seorang
penuntut NAFA yang diterbitkan dalam akhbar The Straits Times dalam ruang Life!
yang saya rasa patut dibaca. Pelajar
tersebut pasti amat suka dengan kawasan itu.
Beliau kata: “Banyak perkara yang boleh kita dilakukan pada waktu-waktu
rehat. Ada banyak pilihan makanan,
daripada perata di Restoran Al-Jalani ke cin cau di Fortune Centre dan mi itik
di Sunshine Plaza.” Nama pelajar itu ialah Siti Aishah Mostafa.
Saya
rasa kita akan menjadikan kawasan ini sebuah pusat seni, budaya, pembelajaran
dan hiburan yang bersemangat di tengah kota. Satu generasi baru rakyat Singapura akan membentuk
kenangan-kenangan dan ikatan sentimental terhadap lanskap baru, sama seperti
yang dilakukan oleh generasi lama, dan ia adalah satu daripada kawasan yang akan menambat warga Singapura ke
negara ini.
Projek yang paling menarik dalam
pembangunan semula bandar kita adalah Marina Bay. Ini adalah salah satu kawasan yang unik
kerana penasihat-penasihat antarabangsa URA berkata: “Tidak ada bandar di dunia
yang mempunyai pesisir yang begitu luas.
Ia adalah hartanah mahal di tengah-tengah bandar.”
Kita
mempunyai daerah sivik lama yang telah diubahelok. Kita telah hubungkannya dengan
kawasan-kawasan baru seperti Marina South, Marina Centre dan Marina East. Kita akan membina sebuah pusat niaga baru di
kawasan-kawasan baru ini, kemudian menghubungkannya dengan bandar raya lama dan
meluaskan bandar raya ini tanpa terputus dengan pusat niaga baru itu. Terdapat unsur air di persisiran dan
taman-taman di mana kita akan membina sebuah Bandar Taman di Persisiran. Jika anda menimbangkan Fort Canning di
belakang yang melambangkan gunung dan air di persisiran, bandar raya kita
kepada masyarakat Cina akan mempunyai feng shui yang sangat baik.
Kita mulakan dengan air. Kita akan membina Bendungan Marina untuk
mengempang muara persisiran itu. Projek
ini akan siap dalam masa tiga tahun lagi dan akan mengubah persisiran menjadi
tasik air tawar.
Kemudian
kita akan luaskan bandar di sekeliling tasik dengan membangunkan pusat
perniagaan, pusat hiburan dan pusat riadah.
Kita mula dengan Esplanade dulu.
Ia dipanggil Durian dan kelihatan agak cantik. Yang paling penting bukanlah
persembahan-persembahan yang diadakan di dalamnya tetapi keadaan di luarnya
kerana jika anda berjalan-jalan di sepanjang Esplanade anda akan dapati tempat
itu meriah dengan kedai-kedai, makanan, orang-orang yang bersiar-siar sambil menikmati suasananya. Keadaannya sama seperti Esplanade lama tetapi
ia adalah lebih baik lagi.
Kita
akan mengubahsuai Mahkamah Tinggi lama dan bangunan Bandar Raya menjadi sebuah
balai seni nasional baru. Kita akan gantung kain-kain rentang berwarna-warni di
bangunan-bangunan itu. Para hakim tidak
perlu risau kerana kain-kain rentang belum digantung lagi. Rupanya akan seperti yang ditayangkan bila
bangunan-bangunan itu menjadi balai seni nasional.
Hotel
Fullerton, One Fullerton dan Merlion adalah rancangan yang sangat berjaya. Jika anda pergi ke One Fullerton, terdapat
banyak kegiatan di
Di
Marina South, terdapat pusat perniagaan dan kewangan. Ini adalah satu pembangunan yang besar. Semasa saya bertugas di Penguasa Kewangan
Singapura (MAS), saya terlibat dengan projek itu kerana masyarakat perbankan
telah menyarankan agar kita membangunkan kawasan itu untuk menawarkan
kemudahan-kemudahan untuk institusi-institusi kewangan. Kita akan menarik lebih banyak bank untuk
beroperasi di situ kerana kita dapat menawarkan ruang pejabat, ruang kediaman
dan hotel-hotel.
Kita sediakan satu kawasan yang
besar kepada sebuah syarikat pemaju untuk menjalankan pembangunan
bersepadu. Kita telah memujuk URA dan
lain-lain agensi. Mereka menerima
cadangan itu. Kita mempunyai tender yang
sangat berjaya baru-baru ini. Pusat Perniagaan dan Kewangan (BFC) ini bakal
menawarkan infrastruktur kelas pertama.
Lebih banyak kegiatan kewangan akan dijalankan di kawasan ini dan ia
akan menjadi mercu tanda utama di Bayfront.
Bersebelahan
Pusat Perniagaan dan Kewangan, kita akan membina Resort Bersepadu. Saya tidak pasti sama ada ia akan kelihatan
sama seperti yang ditayangkan. Ini
adalah gambaran pelukis. Tetapi ia
merupakan satu lagi projek utama yang lebih besar daripada Suntec atau BFC dan
akan menjana lebih ramai bilangan pelancong dan pekerjaan dan juga mencorakkan Downtown
baru dan melengkapkan Bayfront.
Kemudian kita akan membina
taman. Sebuah taman akan dibina
bersebelahan dengan IR. Taman ini akan
dipenuhi dengan bunga-bunga yang bewarna-warni seperti yang ditunjukkan dalam
slaid. Sebuah lagi terletak di seberang
persisiran di Marina East bersebelahan dengan padang golf NTUC dan kemudian
kita akan membina taman ketiga di sepanjang Marina Centre. Setiap taman mempunyai reka bentuk dan
ciri-cirinya tersendiri dan kita akan hubungkan ketiga-tiganya. Jadi anda akan mempunyai taman di Marina
South, Marina East dan Marina Centre.
Kita akan hubungkan ketiga-tiganya dengan jambatan, laluan pejalan kaki
dan tempat bersiar-siar supaya anda boleh berjalan-jalan, berlari-lari anak,
malahan berlari maraton di keliling Persisiran.
Saya rasa ini akan menyediakan ruang untuk membawa banyak kegiatan di
situ.
Clarke Quay dan Boat Quay sudah pun menjadi zon 24-jam. Tetapi di atas air persisiran, kita boleh menganjurkan kegiatan-kegiatan air seperti memandu bot, kolek layar, lumba bot laju dan lumba bot naga.
Dengan menawarkan semua ini, kita akan menjadikan bandar kita sebuah bandar yang betul-betul istimewa.
Projek
yang sedang dijalankan ini akan mengambil masa beberapa tahun untuk siap tetapi
dalam
Dan
pada Ogos 9, 2015, iaitu Hari Ulang Tahun Singapura yang ke- 50, projek ini
akan kelihatan seperti yang ditayangkan dalam slaid. Slaid ini dihasilkan oleh Politeknik Nanyang.
Bandar
ini mesti mencerminkan semangat rakyat Singapura. Sebuah bandar yang
dirancangkan dengan baik, dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh, tidak terlalu tersergam dan berlebih-lebihan tetapi
bermutu tinggi, semua aspek difikirkan
dengan teliti, sentiasa diperbaiki dan dicipta semula untuk mencapai
kecemerlangan. Ia akan menjadi sebuah
bandar pada imej kita, permata yang berkilauan, kediaman yang kita semua dapat
banggakan dan kediaman yang kita semua miliki.
Semarakkan semangat
Singapura
Tema
saya pada malam ini ialah mencipta semula Singapura bersama-sama, memanfaatkan
sumbangan setiap orang, memaksimumkan bakat setiap orang, buka peluang untuk
semua orang. Setiap sumbangan, kecil
atau besar, seumpama sehelai benang daripada benang-benang yang akan kita
sulami bersama, cantumkan dan dijadikannya fabrik negara.
Baru-baru
ini Kementerian Pendidikan telah membuat satu projek yang mempunyai tema yang
sama. Ia dipanggil Hari Ini dalam
Sejarah Singapura. Buku ini dihasilkan
oleh Kementerian Pendidikan tetapi beribu-ribu pelajar benar-benar terlibat.
Buku ini mengenai kisah Singapura dari kaca mata generasi muda sekarang.
Saya bacakan apa yang ditulis
oleh seorang murid perempuan mengenai 9 Ogos.
“9 Ogos adalah hari negara kita mencapai kemerdekaan pada 1965. Datuk nenek kita telah berjuang untuk membina
negara kita dan menawarkan kita masa depan yang cerah. Saya rasa amat gembira dan bangga dilahirkan
sebagai anak Hari Kebangsaan”. Nama
murid tersebut ialah Wong Yun Ting, berusia lapan tahun dari sekolah Rendah Yio
Chu Kang.
Jilid selanjutnya akan bertajuk Esok dalam Sejarah dan kita akan minta rakyat muda Singapura untuk menulisnya. Bila saya sebut rakyat muda Singapura, saya maksudkan kanak-kanak, belia, orang muda dewasa, malahan orang dewasa yang berjiwa muda. Anda mungkin beruban atau rambut anda makin tipis tetapi jika anda mempunyai tenaga, anda adalah sebahagian daripada kisah ini dan sama-sama kita akan terus menceritakan kisah Singapura yang istimewa.
Kita tidak harus berasa tersekat
dengan saiz kita yang kecil. Anda
mungkin sebuah negeri kecil tetapi anda dapat melakukan perkara yang luar biasa. Secara individu, rakyat
Singapura mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing di persada dunia.
Saya
telah sebut Viridis dan Min Ming tadi. Saya
ingin beri satu lagi contoh. Di bidang
sukan, dua pelajar kita, Teo Wee Chin dari Maktab Rendah
Saya rasa kita
mempunyai rakyat yang cemerlang. Saya
rasa sebagai sebuah negara kita dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik yang
mana orang lain tidak dapat melakukannya.
Jangan sekali-kali percaya bahawa apa yang kita lakukan, orang lain
dapat lakukan dengan lebih baik.
Terdapat banyak perkara yang mana kita dapat laksanakan tetapi orang
lain mendapati amat sukar untuk melakukannya.
Saya beri anda satu contoh. Saya telah bincangkan perkara ini dengan
seorang naib datuk bandar dari Shanghai beberapa tahun lalu. Kami bincangkan tentang gaji kakitangan awam
dan sistem gaji kita untuk membayar kakitangan mengikut kadar pasaran. Beliau bercakap tentang dirinya sendiri. Beliau kata: “Saya naib datuk bandar, tapi
gaji saya paling rendah dalam keluarga saya.” Isteri beliau yang bekerja dengan
sebuah syarikat milik pemerintah membawa pulang gaji yang lebih tinggi daripada
beliau. Anak perempuan beliau yang bekerja
dengan bank komersial, saya rasa sebuah bank asing, membawa pulang gaji yang
paling tinggi dalam keluarganya. Beliau
berkata jika Shanghai adalah sebuah negeri, mereka boleh melakukan seperti
kita. Tetapi Shanghai adalah sebahagian
daripada China. Kata beliau lagi jika
beliau lakukan seperti kita, wilayah utara tidak akan puas hati, wilayah barat
tidak akan puas hati, wilayah selatan tidak akan puas hati dan yang paling
teruk sekali, di tengah-tengah iaitu Beijing tidak akan puas hati. Jadi beliau tidak dapat melakukan seperti
yang kita lakukan. Beliau mengagumi
kita. Beliau ingin dapat melakukan sama
seperti apa yang kita lalukan.
Saya
pernah diwawancara oleh seorang wartawan Amerika. Beliau tanya saya: “Apakah yang anda boleh
lakukan tetapi
Jadi,
kita harus mempunyai sikap pantang menyerah.
Pada akhirnya, yang
penting ialah kepintaran dan keazaman kita.
Saya
telah berbual-bual dengan jurulatih silat Sheikh Alauddin baru-baru ini. Beliau adalah juara silat kita. Beliau juga hadir pada malam ini. Saya tanya beliau: “Siapakah pencabar paling
hebat kita di Asia dalam Sukan Asia Tenggara?”
Beliau jawab bahawa pencabar kita di Asia adalah Vietnam. Saya terperanjat. Saya tanya: “Apa yang Vietnam tahu tentang
silat.” Saya kata lagi: “Kalau Taekwando
atau gongfu mungkinlah, kerana ia adalah tradisi timur jauh.” Saya tanya: “Kenapa pula silat?” Beliau jawab bahawa adalah benar Vietnam
adalah pencabar yang handal. Vietnam
mula tanpa mengetahui apa-apa langsung tentang silat tetapi ia mengambil
keputusan untuk belajar silat pada tahun 1993.
Mereka mendapatkan dua guru silat dari Indonesia. Mereka tiada bangunan, tiada gimnasium, tiada
peralatan canggih. Mereka gunakan
batang-batang paip, ikatnya menjadi sebuah bingkai dan menutupnya dengan
pengalas dan berlatih dengan tekun. Selepas beberapa tahun mereka jadi cekap
dan menghantar jurulatih itu pulang. Mereka
kemudian berlatih sendiri. Sekarang
mereka adalah juara di Asia Tenggara, dan mereka ingin jadi juara dunia. Silat telah menjadi sukan utama di Vietnam.
Kita perlu ada semangat yang
sama dan saya rasa kita mempunyai semangat yang sama. Selepas itu, saya telah bertemu dengan
pasukan silat kita. Saya tanya mereka:
“Adakah benar apa yang dikatakan oleh Sheikh?”
Mereka jawab: “Ya, kata Sheikh adalah benar.” Saya tanya: “Apa yang anda harus
lakukan?” Mereka jawab: “Esok kami akan
ke Vietnam untuk berlatih dengan mereka dalam perlawanan persahabatan.” Pasukan silat kita telah kembali dari Vietnam
dan saya rasa mereka telah mencapai prestasi yang baik dan saya ucapkan kepada
mereka selamat maju jaya dalam Sukan SEA di Manila.
Anda dapat rasakan semangat ini di sambutan
Hari Kebangsaan. Kadang-kadang, oleh
kerana kita telah berada lama di sini dan sudah terbiasa dengannya, anda tidak
rasa apa yang istimewa dengan sambutan itu lagi. Tetapi mereka yang datang dari luar negeri,
mereka tahu betapa unik dan berharga negara Singapura.
Baru-baru
ini, saya mendapat e-mel dari seorang Jerman.
Beliau telah melawat Singapura.
Beliau kebetulan sedang berjalan-jalan sekitar Padang pada hari priviu
Perbarisan Hari Kebangsaan itu diadakan dan
seorang warga Singapura telah memberi tiket kepadanya kerana temannya
tidak dapat menonton previu itu. Orang
Jerman itu pergi menyaksikannya dan kemudian menghantar e-mel kepada saya. Ia satu e-mel yang baik. Saya bacakan
sebahagian daripada e-mel itu kepada anda. Beliau kata: “Saya melihat beribu-ribu rakyat Singapura duduk di sana, kebanyakan
mereka memakai pakaian berwarna merah dan putih, dan menjerit-jerit, bersorak
dan ketawa. Perbarisan itu mencerminkan
imej diri sebuah negara yang saya tidak pernah saksikan. Rakyat Singapura adalah rakyat yang bersatu
padu dan mereka amat bangga menjadi sebahagian daripada negara Singapura. Pada pendapat saya Singapura diwargai rakyat
yang berjiwa negara dan bukan sebuah negara yang berwarganegara. Saya dapat
rasakan kebanggaan para penonton menjadi warganegara Singapura dalam stadium
ini! Dan ini semua baru previu sahaja.”
Ini pandangan
seorang rakyat asing. Saya juga ada pandangan seorang
rakyat Singapura. Beliau telah lama
berada di luar negara. Beliau telah menulis surat kepada saya pada Hari
Kebangsaan untuk mengucapkan saya selamat Hari Kebangsaan. Beliau adalah Cik Ranjini Thiagarajah,
seorang guru. Beliau telah lama berada
di Portugal, mengendalikan sekolah bahasa di sebuah pekan kecil dan beliau
sekarang ini berada di Singapura. Beliau
juga hadir pada malam ini.
Saya petik daripada surat
beliau: “Baru sekarang setelah saya
tinggal di luar negeri, saya rasa bangga mengibarkan bendera Singapura. Rakyat Singapura tidak akan melupakan tanah
air mereka ke mana sahaja mereka pergi dan mempunyai semangat Singapura dalam
diri mereka untuk mencapai yang terbaik.
Saya telah tinggal selama 15 tahun di luar negara sekarang dan sepanjang
waktu itu sifat keSingapuraan saya tidak banyak luntur dan saya bersyukur
bahawa ia telah menguatkan semangat saya dan sifat ini dapat menahan ujian masa”.
Saya rasa kita ada sesuatu yang
amat istimewa. Sesetengah anda ingat
pada tahun-tahun awal Singapura menyambut Hari Kebangsaannya. Pada masa itu kita tidak mempunyai kesan pencahayaan
yang luar biasa, hubungan video ke stesen televisyen dan beg cenderahati. Cuma ada perbarisan di mana
kontinjen-kontinjen berbaris lalu satu persatu.
Askar-askar dari batalion pertama, batalion kedua, ke-20, ke-100
termasuk satu atau dua pertunjukan beramai-ramai, tarian singa dan naga. Pancaragam-pancaragam sekolah memainkan muzik
untuk perbarisan. Saya adalah salah
seorang daripada mereka yang mengambil bahagian. Saya mengambil bahagian sebanyak tiga kali
sebagai salah seorang anggota pancaragam dan sekali sebagai seorang pegawai
kadet. Pada sambutan Hari Kebangsaan
pada tahun 1968, hujan turun selepas
semua kontinjen telah masuk ke Padang. Sesiapa
daripada anda yang berada di sana ketika itu tidak akan melupakan peristiwa
itu. Pada hari itu hujan turun dengan
lebat. Kami menggigil kesejukan dan
basah kuyup. Alat-alat muzik kami
terpaksa diterbalikkan untuk membuang air keluar. Kami perhatikan sama ada di antara kita terus
berdiri atau lari mencari tempat teduh. Tidak
ada seorang pun yang lari mencari tempat teduh.
Walaupun kami menggigil kesejukan, kami tidak lari dan kami berbaris
lalu dengan rasa bangga. Di sepanjang jalan, orang ramai berkumpul
memberi sorakan sokongan kepada kami.
Jadi, inilah orang-orang yang berazam untuk berjaya dan kita telah
berjaya.
Dalam memulakan sambutan Hari Kebangsaan dengan
Perbarisan Hari Kebangsaan seperti itu pada ketika itu, ia memberi kita
semangat yang istimewa tetapi untuk menikmati Parbarisan Hari Kebangsaan yang
ke-40 dalam keadaan yang kita nikmati sekarang, ia adalah suatu yang unik. Kita
bertuah kerana mempunyai Pemerintah yang cekap, rakyat yang teguh. Anda lihat negara-negara lain
pada hari ini selepas mereka mencapai kemerdekaan, selepas perang. Mereka masih dibelenggu masalah, mereka
berasa bimbang tentang kehidupan mereka.
Lihat Israel pada hari dalam
sejarah mereka yang mungkin sama keadaannya pada sekitar 1990. Masalah-masalah mereka hampir tidak dapat
diselesaikan. Tetapi kita sedang
mengecapi kemakmuran, hidup aman dengan jiran-jiran kita dan rakyat kita
menjangka masa depan yang lebih cerah. Jadi, apabila kita mengadakan
perbarisan, ia dilakukan dengan semangat yang sama, hubungan erat yang sama dan
keyakinan yang sama bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk Singapura.
Saya rasa bahawa dalam keadaan ini, iklim ini dan
suasana ini, kita mempunyai sebab untuk bergembira. Kita boleh lakukan ini
untuk 40 tahun lagi kerana kita telah mencipta sesuatu yang istimewa, yang unik
dan berharga. Bagaimana kita dapat
lakukan ini? Ini semua kerana rakyat,
idea dan tindakan kita. Yang paling
penting sekali ialah kita telah mencipta semangat Singapura. Kita berani tetapi penuh ihsan, yakin tetapi
tidak mudah puas hati. Semangat ini
menyatukan kita sebagai satu rakyat dengan masing-masing memberi sumbangan
terhadap pembentukan semula negara dan pembinaan tempat kediaman kita dan
sama-sama kita menjadikannya bandar
global yang bertenaga yang dapat kita panggil kediaman kita. Terima kasih.
________________