Singapore Government Press Release

Media Division, Ministry of Information and The Arts, 36th Storey, PSA Building, 460 Alexandra Road, Singapore 119963. Tel: 3757794/5


SPEECH BY RADM TEO CHEE HEAN, MINISTER FOR EDUCATION AND SECOND MINISTER FOR DEFENCE AT THE FINALS OF BAHAS 97 AT STUDIO A, CALDECOTT HILL ON TUESDAY, 29 JULY 1997 AT 8.00 PM

(foreword)

Good evening; Hj Izzuddin Taherally, President of 4PM;

Mr Hawazi Daipi, the Honorary Secretary of 4PM and MP for Sembawang GRC; honourable guests, students, ladies and gentlemen.

I am pleased to be here this evening and to have the opportunity of witnessing the finals of the inter-junior college debate. From what I have seen, both teams have shown very encouraging performance. My congratulations to 4PM for continuing to organise this competition.

Ladies and gentlemen,

I am heartened by the enthusiasm shown by the youths in the studio this evening. A competition such as this is important not only because it promotes the correct use of the Malay language, but more than that, it trains the minds of our youth to probe, question and evaluate issues in a systematic manner. Such a debate sharpens their analytical ability and demand that they evaluate and assess the effectiveness of their arguments. Not only must they present their views, but they must also be prepared to disprove their opponents' points. This process is essential and will prove useful in our daily life.

I am sure you are aware that the Government is encouraging creative thinking among pupils and members of the public. This debate can be one way of encouraging creative thinking. You need to substantiate your team's argument, even if under normal circumstances you may not agree with the views your team is defending.

I hope a debate such as this has succeeded in opening channels of communication not only among the debaters but also among members of the audience in this studio. I hope you will make full use of the range of programmes which has been drawn up by 4PM by participating in every activity. This is important if we want to see more of our youths actively involved in social work. I sincerely believe that if our youths are able to look beyond self, the country will see the emergence of a caring society all set to step into the 21st Century.

My appreciation to 4PM for its effort in organising this debate. Thank you.

UCAPAN OLEH RADM TEO CHEE HEAN, MENTERI PENDIDIKAN DAN MENTERI KEDUA PERTAHANAN DI PERINGKAT AKHIR BAHAS 97 DI STUDIO A, CALDECOTT HILL PADA SELASA, 29 JULAI 1997, 8.00 MLM

(Kata-Kata Aluan)

Terima kasih puan pengacara. Selamat malam dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Hj Izzuddin Taherally, Yang DiPertua 4PM; Encik Hawazi Daipi, Setiausaha Kehormat 4PM dan Anggota Parlimen GRC Sembawang; para tetamu yang dihormati, para pelajar dan para hadirin sekalian.

Saya sungguh berbesar hati kerana dapat hadir di majlis malam ini, dan berpeluang menyaksikan peringkat akhir peraduan bahas antara maktab rendah ini. Dari apa yang telah saya lihat, kedua-dua pasukan memang menunjukkan prestasi yang menggalakkan. Tahniah kepada mereka dan kepada 4PM yang terus menganjurkan peraduan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Saya amat gembira melihat keghairahan para belia di studio ini yang penuh dengan kesungguhan dan bertenaga. Sesebuah peraduan seperti ini penting kerana ia menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tetapi yang lebih penting ia melatih pemikiran para belia kita untuk mengkaji, menyoal dan menilai isu-isu dengan teratur dan sistematik. Perbahasan seperti ini menajamkan pemikiran analitis para belia kita dan juga menggalakkan mereka menilai keberkesanan hujah-hujah yang disampaikan. Mereka bukan sahaja terpaksa menyampaikan pendapat, malah harus juga bersedia untuk membidas pihak lawan. Proses ini amat penting dan pasti berguna dalam kehidupan seharian kita.

Anda tentu telah tahu bahawa pemerintah mahu menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan para pelajar dan orang ramai. Peraduan bahas boleh menjadi satu cara untuk menggalakkan daya fikir kreatif. Anda perlu mencari dalil-dalil bagi menguatkan hujah pasukan anda, walaupun dalam kehidupan seharian, anda sendiri mungkin tidak setuju dengan pandangan yang pasukan anda harus pertahankan.

Saya berharap agar perbahasan seperti ini telah berjaya membuka saluran komunikasi, bukan sahaja di kalangan para pembahas tetapi juga di kalangan anda yang ada di studio ini. Diharapkan juga, anda akan memanfaatkan berbagai-bagai program yang telah dirancangkan oleh 4PM dan turut serta dalam setiap program tersebut. Ini amat penting jika kita mahu menyaksikan lebih ramai lagi belia kita terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Saya yakin dan percaya jika para belia dapat menjangkau lebih daripada kepentingan diri mereka, negara ini akan menyaksikan kebangkitan sebuah masyarakat penyayang yang bersedia untuk melangkah ke Abad ke-21.

Akhir sekali, saya ingin melahirkan penghargaan kepada usaha 4PM ini. Terima kasih.